Template by:
Free Blog Templates

11 January 2010

Masuk Kampung Tinjau Rumah Rakyat Miskin














Meninjau rumah di Kampung Teras, Ijok yang dilandar angin ribut kencang petang tadi. Alhamdullah mujur tiada sebarang kemalangan jiwa.

Hujan yang turun agak lebat menyebabkan beberapa batang sungai telkah dinaiki air. Pak hamid di Kampung teras amat risau dengan tanaman tebu beliau akibat air yang mula melimpah dari tebing jalan yang baru di bina di situ.

Bersama Ketua Kampung, Saya juga melawat projek rumah mesra rakyat di Kampung Teras yang terlibat dengan poembinaan jalan Teras- Ulu Mengkuang yang dibiyai oleh Felcra.

Pada mulanya timbul sedikit kekeliruan, tetapi petang tadi ketika membuat lawatan, barang-barang pembinaan rumah tersebut telah mula dihantar oleh Kontraktor terbabit.

Dua hari lalu, Saya telah menghubunggi Pengurus Felcra yang terbabit bertanyakan mengenai projek tersebut.

Sorang Ibu tunggal juga bertemu dengan Saya bertanyakan mengenai bantuan rumah mesra rakyat anjuran Syarikat Perumahan Negara (SPN) . Permohonan begitu banyak, tetapi peruntukan tidak mencukupi.

Semalam sempat meninjau Pekan Hari di Sungai Bayur. Ada diantara peniaga berkenaan mendapat bantuan pinjaman Tekun.

10 January 2010

Pekan-Pekan Kecil Perlu dinaikan Taraf






Dalam Menjadikan Negeri Perak Aman Jaya oleh Meneteri Besar Perak, Datuk Seri DrZambery Abdul Kadir, Saya telah meminta agar pekan-pekan kecil seperti Kubu Gajah dapat dinaikan tarafnya.

Tidak dinafikan keadaan di Kubu Gajah, sekalipun ia baru masuk dua penggal sebagai DUN di Perak, selepas pemecahan kawasan daripada DUN Batu Kurau dan Selama.

Dalam perjumpaan antara Menteri Besar dengan ADUN-ADUN Barisan Nasional ketika mendapatkan taklimat mengenai pementaan Negeri Perak Aman Jaya, Dr Zambery jelas memberikan respon yang positif kerana beliau juga mahukan supaya pekan-pekan kecil ini juga dinaikan tarafnya.

Program Pembangunan Wilayah Koridor Utara, adalah pendekatan terbaik kearah itu, kata Saya di majlis penyampaian bantuan Sekolah kepada seramai 150 orang murid sekolah dalam Parlimen Larut anjuran Pemuda UMNO Bahagian di Dewan Serbagunan Sungai Bayur, petang tadi.

Selain meminta pihak pentadbir Daerah menyediakan pelan induk mengenai Kubu Gajah, Saya juga telah meminta bantuan pelajar-pelajar Universiti tempatan, untuk membuat kajian mengenai program landskap dan reka betuk produk tempatan yang sesuai, selain membangun atau menggekalkan kehijauan semula jadi di situ.

Pembangunan samasekali tidak akan menjejaskan alam kehijauan kerana setiap aktiviti yang berasakan pertanian terutamanya tetap dalam lingkungan tersebut.

Saya juga berharap bantuan yang diterima oleh rakyat termasuk rumah mesra janganlah disalahgunakan oleh mereka kerana ia akan menjejaskan program kerajaan.

9 January 2010

UMNO Juara Rakyat Mendapat Sambut Luarbiasa





Ribuan manusia pelbagai kaum membanjiri Bukit Sentosa dan Beruntung untuk menyaksikan pelancaran program UMNO juara rakyat, pagi tadi.

Saya sendiri tersepit di tengah-tengah lautan manusia berhampiran dengan gerai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, sambil ketuanya Datuk Seri Sharizat Jalil, meunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri penuh bersemangat.

Bukan setakat itu, anggota Rela dan kawalan keselamatan yang lain dari pelbagai bangsa juga bersemangat, membantu mengawal keadaana lalulintas dengan baik.

Sementara itu, Penduduk Bukit Beruntung, memang berutung, bila Kerajaan mengumumkan peruntukan rm 15.6 juta untuk meperbaiki atap flat dan prasarana di situ dan bukit sentosa.

Ternyata kedatangan Perdana Menteri membawa rahmat kepaada penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Kebanjiran rakyat di pelancaran itu ternyata mereka semakin yakin dan percaya dengan UMNO untuk mewakili mereka, malah rekod cemerlang Parti itu, tidak harus dipertikaikan.

Kehadiran yang cukup luar biasa dengan manusia bersesak-sesak untuk menghampir ke pentas di bahagian dalam dan ini menyebabkan pihak kawalan terpaksa bekerja lebih masa.

Saya juga sempat berjumpa beberapa orang Anggota EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang hadir di pelancaran itu.

Tahniah kepada UMNO Selangor dan Kemenerian yang terbabit menjayakan program tersebut. Pelancaran itu mengingatkan Saya sambutan besar-besaran ketika Perdana Menteri melancarkan program 1 Malaysia peringkat Negeri Perak, baru-baru ini.

8 January 2010

Kediaman G2 dan 3 Felda






Hari ini, Saya mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 200 orang anak dak keluarga peneroka Felda, Ijok bagi membincangkan masalah tapak kediaman bagi generasi kedua dan juga ketiga.

Saya menyatakan hasrat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut di satu tapak seluas kira-kira 20 ekar yang telah dikenalpasti oleh Pengurusan Felda sendiri bagi tujuan tersebut.

Begitupun hasrat mereka akan hanya tercapai setelah proses pengambilan tanah berkenaan selesai dilakukan oleh pengurusan Felda sendiri.

Selain Pengurus Felda Ijok, turut hadir ialah Puan Harisah Mat Hassan, Pegawai Tadbir Felda Wilayah Trolak yang bertanggungjawab mengenai tanah Felda dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman.

JKKK juga telah mengenalpasti projek menaik taraf Felda Ijo bagi dimajukan kepada Ibu pejabat Felda untuk dilaksananakn termasuk Pekan Felda itu sendiri memerlukan wajah baru.

Tapak bagi tujuan pertanian untuk anak-anak peneroka yang telah berkeluarga juga wajar dipertimbangkan sebagai pendapatan mereka.

Sebelum perjumpaan itu pada sebelah pagi, Saya membuat kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamad di pejabat beliau di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

7 January 2010

Jumpa orang kampung

Seperti biasa Saya akan menemui penduduk untuk menyelesaikan masalah mereka, tidak kira di mana.


Produk kampung

Saya berbangga dengan hasil produk orang-orang kampung, seperti di Kampung Batu 20, mereka telah mengusahakan sos cili yang boleh dikembangkan lagi, walaupun pada masa ini ia dibuat secara kecil-kecilan berdasarkan kemampuan modal.

Malah, dalam perjumpaan yang diadakan di Kampung Mesjid, Saya telah meminta semua JKKK mengenal pasti produk kampung masing-masing untuk dipromosikan secara komersial.

Bengkel media baru

Bengkel Media Baru akan diadakan pada 30 Januari ini di Bangunan UMNO Perak di Ipoh yang akan diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Bengkel tersebut pada mulanya akan diadakan pada 9 Januari ini bersempena Konvensyen UMNO Perakl, tetapi konvensyen tersebut telah ditangguhkan hingga menjelang Mesyuarat Agung UMNO Cawangan dan Bahagian.

Pada majlis peresmian bengkel Media Baru itu, Dr Zambery yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak akan melancarkan laman web UMNO Negeri dan blog Bahagian-Bahagian.

Tiga tokoh yang terlibat dalam dunia siber telah diundang untuk membentangkan kertas kerja masing-masing. Kira-kira 200 orang peserta akan mengikuti bengkel tersebut termasuk kalangan bloggers dan rakan facebook.

Mereka yang berhasrt menyertai bengkel sehari itu boleh menghubunggi skretariat bengkel. di talian 017-4817807 (Puan Shima) atau 012-5139179 (ganu).

Alfatihah Untuk Keluarga Yusof Mat
















Menziarahi keluarga Allahyarham, Yusof bin Mat, 66 yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi. Beliau adalah jawatankuasa UMNO Cawangan dan begitu aktif ketika hayatnya dan amat disenanggi di kampung.

Jenzah beliau telah dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Tebing Tinggi. Ketika menziarahi anak-anak allahyarham, Saya meminta agar mereka tabah. Dua daripada anak beliau masih belajar di Sekolah Menengah.

Pada sebelah petang, Saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Kubu Gajah bagi membincangkan program bersama Jabatan Kebajikan turun padang melawat rumah ke rumah pada 12 Januari ini.

Mereka telah diminat mengenal pasti keluarga yang perlu dibantu, selain mengemukan senarai yang telah membuat permohonan, tetapi gagal atau masih belum menerima apa-apa jawapan.

Program seumpama itu akan dibuat berperingkat-peringkat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan berkenaan. Ini adalah program ke tiga yang dilaksanakan di DUN Kubu Gajah.

Pada perjumpaan tersebut, semua JKKK juga telah diminta mengenalpasti produk kampung bagi diketengahkan di bawah program satu kampung satu produk. Dalam hubungan ini Saya juga telah meminta beberapa orang Pelajar Universiti, anak kelahiran DUN Kubu Gajah untuk membantu membuat kaji selidik megnenai reka bentuk produk yang boleh diketengah dan dimajukan.

JKKK juga dimitna menyediakan chek-list megnenai keluarga miskin, Ibu tunggal dan OKU yang masih belum mendapat sebarang bantuan. Saya juga telah meminta agar Jabatan Kebajikan memaklumkan kepada semua JKKK setiap penerima bantuan Jabatan tersebut dan melibatkan semua Ketua Kampung dalam majlis penyampaian bantuan berkenaan.

Masalah lain termasuk mengenai kelewatan permohonan rumah mesra rakyat Syarikat Perumahan Negara dan Agensi seperti Felcra juga dibincangkan.

Seperti biasa, Saya juga melawat projek Majlis Daerah Selama (MDS) di Kampung Mesjid, Ijok yang menjadi rungutan kerana kerja perlaksanaannya tidak menyeluruh. Saya telah menghubunggi pihak berkenaan supaya bertindak segera.

Kemudian Saya ke Kampung Cerok Kecik di Simpang Tiga, Gudang untuk menemui seorang Pelajar yang hidup sebatang kara di terpaksa menumpang di rumah orang.

5 January 2010

Peneroka dan Generasi ke 2





Diawal tahun baru ini, Saya ambl kesempatan masuk kampung, melawat Warga Emas dan penduduk untuk bertanya khabar dan mendengar masalah mereka.

Di Felda, Ijok bersama Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman kami membincangkan mengenai perjumpaan dengan anak-anak peneroka yang tidak ada tapak kediaman. Jika tidak ada perubahan ia akan diadakan dalam minggu ini.

Selain itu, JKKK yang diketuai oleh Haji Shukur berharap agar Saya dapat mengatur pertemuan dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Nor untuk membincangkan program pembangunan Felda, Ijok secara menyeluruh.

Di Kampung Mesjid, Ijok pula Saya ambil kesempatan menemui warga emas, selain penduduk di beberapa buah kampung yang datang berjumpa ketika saya berada di situ.

Isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menarik perhatian mereka dan berharap ianya dapat diselesaikan segera.

Program Jabatan Kebajikan turun ke bawah juga akan dilaksanakan, Saya sedang dapatkan tarikh daripada pihak yang berkenaan.

Konvensyen Tangguh, Bengkel Media Baru diteruskan






Menghadiri Mesyuarat Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang diadakan di bangunan UMNO di Ipoh, yang antara lain memutuskan penangguhan Konvensyen UMNO Perak yang dijadualkan pada 10 Januari ini.

Pada mulanya ia diputuskan pada 9 Jan. tetapi dicadangkan diubah kepada 10 Jan. kerana program pelancaran UMNO Juara rakyat sabtu ini.

Begitupun, konvensyen UMNO Perak dirancang diadakan sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada bulan April yang akan datang.

Atas permintaan Sekretariat Media Baru yang Saya pengerusikan, Dr Zambery setuju agar bengkel media baru diteruskan pada 30 Januari ini yang akan diresmikan oleh beliau sendiri selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Kira-kira 250 orang peserta termasuk kalangan bloggers dan rakan Facebook dijangka menyertai bengekal tersebut dengan panel jemputan yang akan membentangkan kertas kerja masing-masing.

Pada hari tersebut juga Dr Zambery akan melancarkan laman web UMNO Perak dan kesemua bahagian di seluruh Negeri.

Tahun Baru dan Kontrovesi Isu Agama

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru. Terasa cepat tahun 2009 berlalu, kini kita sudah berada di tahun 2010.

Banyak peristiwa pahit manis yang telah kita lalui di sepanjang tahun lalu dan saya pasti 12 bulan yang mendatang menanti kita dengan penuh cabaran.

Belumpun sempat kita menikmati suasana tahun baru hanya beberapa hari sahaja disambut, rakyat Islam khusnya telah dikejutkan dengan kontrovesi berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan beragama Islam.

Saya setuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar Umat Islam bertenang dalam usaha Kerajaan mengatasi masalah tersebut.

Pun begitu, hati dan naluri Masyarakat Islam seluruhnya terguris dan kesal dengan soal tersebut dan mahukan ianya segera diselesaikan.

Jika soal perpaduan sejagat yang dicari dan sentiasa dilaungkan, isu agama sewajarnya dilhat sebagai amat sensitif dan tidak wajar disentuh oleh mereka yang berlainan agama.

Justeru, amatlah diharapkan isu yang mencetus kontroves ini segera diselesaikan untuk menggelakan timbul rasa tidak puas hati dan ketegangan.