Template by:
Free Blog Templates

21 October 2009

ADUN Kubu Gajah Buat Lawatan Mengejutkan Pengetua

Kubu Gajah, Rabu, 21 Okt. 2009 - Sesekali buat lawatan mengejut ke Sekolah banyak hal yang boleh diperolehi dengan lebih dekat lagi.

Tengahari tadi, Saya melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubu Gajah bertemu dengan pelajar-pelajar. Sempat juga memerhati pekerja sebuah kontraktor melaksanakan projek mereka di sekolah tersebut.

Pengetua Sekolah, Mohd Sharif bin Sharmin yang terkejut dengan lawatan itu bagaimanapun, mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan saya yang sudi datang secara peribadi melihat sendiri perkembangan sekolah.

Pada masa ini SMK Kubu Gajah menghadapi masalah kekurangan pelajar.Pada masa ini, sekitar lebih 300 orang sahaja yang belajar di situ, sedangkan bangunan sekolah lengkap seperti mana sekolah yang bertaraf Gred A.

Kebanyakan mereka yang belajar di SMK Kubu Gajah adalah pelajar-pelajar yang lepasan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan sekitarnya.

Saya sempat juga beramah mesra dengan pelajar Tingkatan Lima dalam sebuah kelas dan Guru di Pejabat Pentadbiran Sekolah yang turut mengalu-alukan kehadiran saya walaupun mengejut.

Mereka berharap lawatan seumpama itu dapat mengeratkan lagi silaturahim dan Wakil Rakyat tempatan dapat melihat sendiri perkembangan sekolah berkenaan.

Saya kemudian, melawat ke Sekolah Kebangsaan Sungai Denang. Kebetulan Guru yang masih belum pulang ialah, Cikgu Sapina di Kantin Sekolah yang terkejut, tetapi ceria dengan kehadiran saya.

20 October 2009

Jamuan Raya Di Hari-Hari Terakhir Syawal


Walaupun Semalam, 19 Okt. adalah hari terakhir Syawal, tetapi suasana Hari Raya Adil Fitri masih tetap meriah.

Majuperak Berhad, anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah mengadakan majlis jamuan hari raya di perkarangan Pejabatnya yang dihadiri ramai bangsa dana keturunan. Majlis seumpama itu diadakan saban tahun.

Turut diraikan ialah anak-anak yatim termasuk empat beradai yang masih kecil berusia antara 2 hingga 7 tahun dari Asrama anak-anak yatim Simpang Pulai.

Masalah Banjir Sentiasa Menghantui Ijok


Kubu Gajah, 20 Okt. 2009 - Bersama Penghulu Mukim Ijok, Saya bergegas meninjau TiTi Gantung di Kampung Sangkut, Ijok yang terputus akibat Tebing Sungai yang rebak.

Ia telah menimbulkan kesulitan keapda penduduk dan bagi membaik pulih titi tersebut, Saya telah menghubunggi Pegawai Kemajuan Negeri untuk mendapatkan peruntukan segera.

Mukim Ijok, sentiasa terdedah keapada masaalah banjir jika hujan turun tidak henti-henti. Malah masalah yang sama juga telah saya bangkitkan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa meresmikan persidangan Agung UMNO Bahagian Larut pada 4 okt. lalu.


Saya juga bersama Penghulu turut melawat tapak cadangan untuk mendirikan kilang berasaskan pertanian di Kampung Teras.

Saya juga bersama Pegawai Pejabat Daerah Selama, telah meninjau tapak yang dicadangkan untuk mendirikan kilang di DUN Selama. Kedua-dua projek itu menelan belanja berjuta-juta ringgit disamping dapat memberi ruang pekerjaan keapda penduduk tempatan.

1 Malaysia, Satu Hari dan Satu Suara

Zaman mengampu dan Membodek sudah berlalu. UMNO sekarang mahukan Pemimpn yang buat kerja dan sentiasa mendampingi rakyat.

Tidak perlu takut pada bayang-bayang jika pemimpin UMNO tahu tanggungjawabnya kerana era bermuka-muka sudah tidak sesuai lagi.

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bersemangat ketika memberi nasihat ikhlas kepada Pemimpin dan Ahli UMNO yang hadir di pelancaran Lagu UMNO Perak di Bangunan UMNO Negeri di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

Lagu tersebut liriknya ditulis oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan digubah oleh Pemuzik terkenal Ahmad Dasila.

Walaupun senarai calon di rujuk kepada UMNO Bahagian dan Perhubungan, tetapi Perdana Menteri Berkata, beliau juga ada list sendiri menyentuh mengenai siapa yang layak bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.


UMNO perlu berani berubah untuk mendapat semula keyakinan rakyat selepas prestrasi tidak menggalakan pada PRU ke 12 menyaksikan kekakalan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Perak bagaimanapun, berjaya diambil balik oleh BN.

Datuk Seri Najib berada di Perak untuk melancarkan kempen 1 Malaysia yang mendapat sambutan di luar jangkaan yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, Timbalan Perdana Meneri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri, Dr Zambry dan isteri serta Menteri-Menteri Kabinet danKetua UMNO Bahagian adalah diantara Lebih 50,000 orang yang hadir bagi memeriahkan sambutan tesebut.

Lauangan 1 Malaysia bergema di Stadium Perak yang dibanjir oleh rakyat berbilang bangsa yang begitu bersemangat untuk bernaung di bawah lambang 1 Malaysia.

Perdana Menteri memuji perhimpunan bagi menjayakan kempen tersebut dan ia jelas membuktikan betapa rakyat di Negara ini sentiasa mahukan Perpaduan.

Dr Zambry dalam ucapan aluannya telah mencuit hati ramai tetamu yang hadir apabila berucapa dalam pelbagai bahasa termasuk cina, tamil, seikh dan orang asli.

Pelancaran itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh pelbagai kaum, tua dan muda serta artis-artis terkenal Tanah Air termasuk Roy.

18 October 2009

Rakyat Harus Bersyukur Nikmat Pembangunan Negara


Kubu Gajah, 18 Okt. 2009- Alhamdullilah di pagi hari, dengan sinar cuaca yang menerang seperti merestui majlis silatulrahim jamuan hari raya aildil fitri, anjuran Felcra Sungai Malau.

Kelembapan kehadiran yang agak mengelisahkan pegawai dan kakitangan penganjur pada awalnya, bertukar keceriaan dengan riuh rendah tetamu dan kanak-kanak sebaik majlis bermula.

Ketika berucap Saya merayu agar rakyat di Negara ini bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. diatas nikmat yang mereka kecapi hasil kemajuan yang telah, sedang dan akan dilaksankana oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiada siapa yang boleh menolak dengan apa yang telah dicapai oleh rakyat pada masa ini, samada dari segi perhubungan Jalanrayanya, bekalan air, elektrik, sekolah, Universiti dan kelinik serta Mesjid dan surau. Pendek kata segala-galanya termasuk ekonomi, keselamatan dan perpaduan di Negara ini adalah yang diusahakan oleh BN semenjak Kerajaan Perikatan lagi.

Yang memperjuangkan Kemerdekaan adalah juga hasil pengorbanan yang diasaskan oleh UMNO. Justeru, masyarakat jangan mudah lupa kepada sejarah kerana faktor tidak pernah berbohong.

Malah, kejayaan anak-anak mereka yang menjadi doktor,peguam, pensyarah, profesor, ahli koprat dan pegawai tinggi Kerajaan hari ini adalah hasil yang kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan BN.

Pembukaan rancangan tanah seperti Felcra, Felda dan banyak lagi adalah juga hasil perjuangan BN, tambah Saya.


Sepeti biasa di majlis tersebut sumbangan raya juga disampaikan kepada anak-anak kecil.

Semalam adalah hari yang cukup padat dengan jadual program. Selepas bersalaman dan menjaman sedikit hidangan, saya bekejar pula ke jamuan hari raya Bomba Selama, sebelum ke kenduri kahwin adik Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Tapah yang dihadiri oleh ramai penduduk yang cukup ramah dan mesra bila bertemu.

Selepas itu Bekejar pula ke majlis kesyukuran Pegawai khas Adun Kubu Gajah, Mohamed Ibrahim kerana anak beliau akan berangkat untuk berkhidmat di sebuah Negara Jiran.

Kemudian, barulah saya sempat hadir ke jamuan hari raya Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang diadakan Dewan Terbuka di Kampung Mesjid, Ijok.

Selepas itu Saya ke program Celek Komputer Puteri UMNO Bahagian Larut yang dianjur bersama KPerak di Sekolah Kebangsaan Kampung Mesjid bagi peserta-pesrta sekitar DUN Kubu Gajah.

Dalam perjalanan ke majlis jamuan hari raya Kampung Perak, Saya singgah di majlis belia yang diadakan di Pantai Besar.

Pada penghujung petang, saya mengunjunggi rumah Pengerusi MIC Bahagian Larut bersempana sambutan Deepavali.


17 October 2009

UMNO JUARA RAKYAT


Baru sempat update blog saya kerana tidak sempat hendak berbuat demikian kerana perhimpunan Agung UMNO dari 13 hingga 16 Okt. di PWTC, Kuala Lumpur baru sahaja selesai.

Rasa terkilan kerana tidak dapat bersama perwakilan lain di perhimpunan yang lalu, terubat sudah kerana dapat kembali bersama 190 Bahagian UMNO yang lain di Dewan Merdeka yang bersejarah ini.

Rasa sifatkan kali ini pulang dengan beg yang sarat dengan amanat parti untuk dilaksanakan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO yang selamat ini merupakan parti Keramat.

Saya cukup kagum dengan ketegasan, keikhlasan serta suntikan semangat yang telah diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk membawa perubahan dan pembahruan demi menjadi Jaguh Rakyat.

Nada beliaua ketika menyampaikan ucapan dasar di peresmian perhimpunan dan penggulungan hampir sama dengan semangat yang cukup bersuara lantang mengak seluruh kepimpinan UMNO semua peringkat bangun dan tidak lagi menoleh kebelakang untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Beliau menegur Menteri, Timbalan Menteri supaya turun ke bawah dan berdamping dengan rakyat untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.

Jika Majli Tertinggi (MT) mahu Ketua-Ketua Bahagian bergerak, mereka juga perlu berbuat demikian dan bersama turun ke padang bagi mempastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus disenanggi rakyat.

Sentuhan kursus Perdana yang diadakan sebelum in di Janda Baik, akan terus diadakan memandangkan ia cukup berkesan dalam mencapai semangat kerakraban barisan Kepimpinan semua peringkat, sambil memisahkan darjat dan pangkat.

Lebih penting lagi Pilihanraya UMUM ke 13 dan UMNO dan BN wajar kembali menjadi Parti yang menjadi pilihan rakyat dengan menguasa dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Negeri-Negeri yang tewas kepada Pembanngkang.

Ketika mengupas Ucapan Dasar Presiden dalam program MHI TV 3, saya turut menyifatkan bahawa " Datuk Seri Najib, adalah Anak Jantan, berani ke hadapan" untuk menyelamat dan memperkasakan UMNO demi Bangsa, Agama dan Tanahair.

Zaman kemanjaan, selesa dan hidup mewah perlu dipinggirkan dan UMNO perlu berhijrah untuk kembali ke landasan yang betul.

Datuk Seri Najik dalam ucapan Dasarnya, menempelak pihak yang kata UMNO parti perkuman kerana hakikatnya UMNO dan orang melayu amat terbuka, bertolak ansur dengan kaum lain.

UMNO parti bersifat inklusif dan dahulukan rakyat. persepsi UMNO parti cari makan mesti di buang jauh dan mesti ditinggalkan.

Majukan budaya berkhidmat dan kesukarelawanan dalam parti dihidupkan semula, sambil ikhlaskan diri untukberbakti dan berjasa demi parti dan rakyat.

Perhimpunan Agung Luar Biasa Tengahari pada hari Khamis juga telah meluluskan tujuh (7) pindaan Perlembagaan dengan memberikuasa kepada 146,500 perwakilan memilih Presiden, Timbalan dan Naiib Presiden serta Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT).

UMNO bukan sahaja perlu berubah, tetapi masih relevan sesuai dengan suasana politik baru, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mersmikan perhimpunan agung Pemuda, Wanita dan Puteri serentak, sambil mengariskan empat rukun termasuk kesatuan minda dan matlamat melakukan perubahan dan pembaharuan.

Mengenai Calon pilihanraya, pucuk pimpinan parti akan merujuk kepada kepimpinan bahagian sebelum membuat keputusan muktamat sebagia menghormati pandanga akar umbi.


Tan Sri Muhyiddin tetapkan tambah ahli baru, daftar pengundi baru dan jaringan dengan Pertubuhan dan badan bukan Kerajaan ( NGO) sebagai KPI perlu dicapai oleh Pemuda, Wanita dan Puteri.

Pindaan perlembagaan UMNO juga memberi kuasa kepada Pemuda,Wanita dan Puteri Cawagan menerima keahlian manakala Setiausaha bahagian automatik jadi perwakilan ke perhimpunan agung umno.

Manakal, pindaan yang dibentangkan oleh Naib Presiden, Datuk Seri HIshamuddin Tun Hussein yang diterima sebulat suara itu hanya metapkan syarat minima mereka yang pegang jawatan sepengal di bahagian layak bertanding MT.

Pindaan Perlembagaan, dilihat akan menjadikan UMNO parti paling demokratik di negara ini berbanding parti lain termasuk pembankang.

Tan Sri Muhyiddin dan Perdana Menteri sedia diiuji dengan sistem baru pemilihan ekoran pindaan perlembagaan umno, ini demokrasi ahl boleh menilai.

Di pengulungan ucapan, Datuk Seri Najib puji pak lah tak pernah kritik kepimpinannya dalam tidak pula bermaksud beliau ambil hati Tun Dr Mahathir Mohamed adakalanya kritikal.

Dr Mahathir yang hadir di majlis peresmian Perhimpuinan Agung UMNO itu, menyifatkan ucapan dasar Presiden, gariskan usaha untuk mengatasi masalah dalaman Parti dan langkah dekatkan UMNO dengan rakyat.

12 October 2009

Bagan Pinang Kekal Di Tangan BN

Alhamdullilah dan bersyukur diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Tahniah kepada Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi majoriti 5, 435. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mendapat 8,013 undi manakala lawannya daripada Pas memperolehi 2,578 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kemenangan ini, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan dan seluruh jentera BN yang terlibat dan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan ini.

Kemenangan di Bagan Pinang amatlah dinanti-nantikan kerana selepas sembilan Prk yang diadakan BN cuma menang di DUN Batang Air, Sarawak.

Kemenangan ini juga jelas bahawa rakyat masih meletakan kepercayaan kepada BN dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Begitupun, kemenangan ini hanyalah permulaan, kerana perjalanan BN masih lagi jauh yang harus melalui onak dan duri bagi menempatkan semula di hati rakyat.

Namun, selepas berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan BN kepada Datuk Seri Najib, rakyat telah mula kembali dengan keyakinan bahawa Parti yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu masih lagi mampu membela nasib rakyat.

Barangkali apa yang berlaku di Perak, selepas Pakatan Pembangkan gagal mempertahankan Kerajaan dan kemelut mereka yang berpanjangan di Selangor dan Pulau Pinang telah mula mengubah fikiran rakyat untuk kembali semula kepada BN.

Krisis kepimpinan dalam MCA juga tidak mempengaruhi pendirian Masyarakat Cina. Malah, Saya sendiri melihat di hadapan mata saya, di satu perhimpunan yang dianjurkan oleh MCA di Teluk Kemang, sambutan kaum Cina amatlah menggalakan ketika menyambut kehadiran Tan Sri Isa.

Pemilihan Tan Sri Isa juga menjadi faktor kemenangan BN kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan sahaja disenanggi oleh Masyarakat tempatan, bahkan juga rekod cemerlangnya sebelum ini.

Pendek kata pemilihan Tan Sri Isa yang saya kenali ketika sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan di Parlimen, amatlah tepat sekali.

Kemamtapan Jentera BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin juga menjadi faktor utama, selain kewujudkan semangat perpaduan dalam UMNO dan BN itu sendiri.

Kempen yang disusun juga menepati sasaran dan lebih manis lagi ialah kemenangan BN di semua peti undi dan sesuatu yang sukar dicapai dalam sesuatu pilihanraya.

Apapun BN telah menang. Hanya dengan lafaz rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Kepada Pengundi di Bagan Pinang, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuat pemilihan yang tepat.

Saya juga harap Pihak Pembangkang menerima kekalahan ini secara gentleman, sebagaimana BN menerima kekalahan di Prk yang lain. Barangkali kemenangan BN ini ada hikmahnya untuk membuat hari Pembangkang khususnya Pas untuk melihat semula pentingnya Perpaduan.

Saya yakin dan percaya BN tidak akan mempersia-siakan segala harapan dan amanat yang telah diberikan oleh Pengundi di Bagan Pinang.

11 October 2009

Aidil Fitri Mengikat Silaturahim

Sepanjang hari semalam, sibuk dengan jamuan Hari Raya yang diadakan di dua tempat berasingan dalam DUN Kubu Gajah. Pada sebelah pagi di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi dari jam 10 hingga pukul 1 tengahari manakal sebelah petangnya di Dewan Serbaguna Bagan Bahru dari jam 3 petang.

Alhamdullilah, ramai yang hadir. Tahun lalu, Saya mengadakan sambutan tersebut di Pekan Kubu Gajah dan Kampung Mesjid, Ijok. Insyallah tahun hadapan di lokasi yang lain barangkali di Felda, Ijok.

Yang penting sepanjang jamuan tersebut ialah kemesraaan dan ikatan silaturahim dan lebih meriah lagi kehadiran kanak-kanak. Masyarakat bukan melayu juga menyerikan majlis dan kemunculan mereka menambahkan lagi semangat perpaduan.

Saya dalam ucapan menekankan bahawa kestabilan politik dan ekonomi serta kesejahteraan rakyat adalah bergantung kepada kekuatan perpaduan.

Justeru, soal perpaduan ini janganlah dipandang ringan. Kegagalan pengganas komunis untuk menguasai negara ini adalah disebabkan benteng ketahanan perpaduan yang sedia terjalin.

Saya mengingatkan bahawa kemajuan rakyat terletak sejauh mana mereka berjaya mewujudkan perpaduan.

Majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Raya ini adalah satu pendekatan bagi mengeratkan hubungan kemeseraan pelbagai kaum. Begitu jugalah dengan perayaan yang lain seperti Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

Saya memberitahu usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan seperti mendirikan kilang-kilang yang sesuai dengan DUN Kubu Gajah. Peringkat ini, perundingan masih lagi diadakan manakala pihak Pentadbir Tanah Daerah telah diminta mengenal pasti tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut.

Saya juga berharap Kubu Gajah menjadi salah satu pilihan Kerajaan Negeri dibawah program untuk meningkatkan pekan-pekan kecil sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Saya juga berharap rakyat memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dr Zambry dan hindarkan diri daripada mempecayai dengan dakyah Pembangkang yang hanya menimbulkan kekacauan.

Sumbangan Raya juga disampaikan kepada warga emas dan kanak-kanak.

Dalam kesibukan dengan program Hari Raya, Saya juga diundang meresmikan perlawanan bola sepak Adil Fitri anjuranKelab Sukan DUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Kubu Gajah.

Di luarbandar, kata saya banyak bakat baru yang terpendam dan jika tidak dicungkil mereka ini akan terpinggi begitu sahaja.

Saya juga hadir ke jamuan Hari Raya anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin di rumahnya di Batu Kurau.

Saya dan Isteri juga ambil kesempatan mengunjunggi Haji Abdul Manan Mohd Ali, bekas ADUN Batu Kurau di rumahnya di Pekan Batu Kurau. Kehadiran kami disambut mesra oleh Haji Abdul Manan dan isteri, Che Gayah Che Mat.

Haji Abdul Manan, banyak berjasa ketika menjadi Wakil Rakyat dan beliau adalah juga Wakil Calon Saya untuk beberapa tempuh yang agak lama sehingga beliau menarik diri kerana keuzuran.

8 October 2009

Agensi Kerajaan digesa Turun Ke Padang

Kubu Gajah, Khamis 8 Okt. - Saya berharap Agensi-Agensi Kerajaan akan sentiasa turun ke padang bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Saya sendiri telah bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) turun ke padang menemui penduduk bagi mendengar masalah dan menyelesaikannya.

Kebajikan Masyarakat adalah diantara yang menjadi agenda utama memandangkan keadaan kehidupan mereka masa kini.

Saya berkata demikian ketika beruap di majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kemas Parlimen Larut dan UMNO Bahagian di Pejabat Kemas di Sungai Terap, dekat sini. Diantara yang turut hadir ialah Ketua Penolonga Pegawai Daerah Kecil Selama dan Pegawai dan Kakitangan Kemas Kawasan.


Saya sendiri akan turun ke bawah selain program berjalan-jalan dan singgah ke rumah-rumah penduduk yang semangnnya telah saya buat dari masa ke semasa. Semalam sahaja saya telah melawat pelajar yang malang yang hingga kini sudah hampir setahun terlantar di rumahnya di Kubu Gajah selepas terlibat dalam kemelangan jalanraya. Kakanya telah meninggal dunia.

Rabiatuladawiah, 16 kini tinggal bersama Neneknya di Kampung Tersusun Kubu Gajah dan kini lumpuh. Saya telah menghubunggi Timbalan Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi pelajar tingkatan empat itu. Bagaimanapun, keluarganya telahpun menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat LMS.

Kemudian Saya melawat Mohamed Shafie yang kena stroke dan Awang Hamat Ibrahim, 60 tahun yang mengalami sakit kencing manis dan Haji Salleh, 85 tahun kesemuanya tinggal di Kubu Gajah.

Dengan turun ke padang banyak masalah boleh selesai dan Saya berharap agensi dan Jabatan Kerajaan yang lain juga akan berbuat demikian.

Disamping itu konsep turun ke padang ini akan dapat menyemarakan lagi semangat kemeseraan kedua-dua belah pihak.

Saya juga menyarankan pentingnnya semuanya pihak mengutamakan semangat perpaduan dan menggelakan perpecahan yang hanya merugikan mereka.

Saya juga menggalakan program mesra rakyat diperbanyakan tidak kira sama ia dihadiri oleh Masyarakat berbilang bangsa mahupun masyarakat tempatan itu sendiri tanpa mengira perbezaan politik dan kefahaman.

Saya menyeru agar rakyat kembali bersatu memikir bersama pembangunan dan kemajuan kampung, Mukim, Daerah,Negeri dan Negara kerana dunia hari ini cukup memcabar dan memerlukan kekuatan fisikal dan minda.

Kemajuan Masyarakat Negara ini juga banyak bergantung kepada sejauh mana mereka bersatu dan mengutamakan agenda untuk mengubah cara hidup.

Majlis Aidil Fitri ini adalah salah satu pendekatan yang boleh mengeratkan lagi silaturahim semua kaum, agama dan banga.

Peluang BN Menang di Bagan Pinang CERAH


Selasa lalu, bersama rakan-rakan Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, termasuk Ketua Pemuda, Anuar Ariffin, kami sempat memberi sokongan moral di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Batang Pinang.

Ketika berada di perhimpunan Masyarakat China Teluk Kemang anjuran MCA,Saya bersalaman dengan Tan Sri Mohd Iss Samad, Calon Barisan Nasional (BN) Bagan Pinang yang singgah di situ. Tan Sri Isa menjadi rapat ketika kami sama-sama menjadi Ahli Parlimen dan kebetulan duduk bersebelahan di barisan kerusi di Parlimen.

Saya juga sempat berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Naib Presiden MCA yang sama-sama kenalan ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu. Beliau adalah salah seorang ahli BNBBC semasa Saya menjadi Pengerusinya.

Ternyata Masyarakat Cina amat menyenanggi dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memandangkan sambutan yang mereka berikan kepada Tan Sri Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Walaupun peluang BN cemat untuk menang di DUN Bagan Pinang, tetapi Jentera Parti diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap bekerja keras. Pemimpin dan anggota BN seluruh Negara juga turun begitu ramai.


Masyarakat tempatan rata-rata mengalu-alukan pemilihan Tan Sri Isa sebagai Calon BN kerana beliau sudah amat dikenali di Teluk Kemang.

Saya juga sempat meninjau di Bilik Gerakan BN Pusat termasuk berjumpa dengan Ketua Penerangan UMNO, Maslan Ahmad dan petugas termasuk dari Pergerakan Pemuda, Wanita, dan Puteri.

Saya juga sempat berrama mesra dengan Penulis-Penulis Blog yang turun membuat tinjauan dan liputan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.

Saya juga sempat singgah di Rumah Perhubungan UMNO Negeri Perak. Dalam siri kempen, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah berberapa kali turun membantu jentera BN.

Siapa juga yang akan menang di Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang penting ialah menjauhkan diri dari Politik Kotor sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

4 October 2009

TPM rasmi Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut




Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin hari ini sudi merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majis Daerah Selama.

Walaupun di tengah-tengah kesibukan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, beliau masih sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan ahli UMNO di Bahagian Larut.

Kehadiran beliau yang turut disertai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberikan semangat kepada kami untuk memperkukuhkan UMNO Bahagian Larut.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perana Menteri dalam ucapannya turut memuji Bahagian Larut sebagai contoh dalam menyelesaikan masalah mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa Demokrasi tetap wujud dan semangat permuafakatan itu lebih baik kerana ia akan menjadikan UMNO lebih kuat kerana tiada sebarang perpecahan.

Sebarang perbalahan hanya merugikan parti terutama di Perak yang berdepan dengan Pembangkang yang masih mahu mencetuskan kekacauan kerana rasa tidak puas hati mereka selepas kehilangan Kerajaan yang dibentuk kira-kira 11 bulan ke tangan BN.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Kerana akhirnya UMNO Bahagian Larut dapat mengadakan sidangnya setelah tertangguh beberapa kali kerana kemelut yang dihadapi.

Saya juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Ketua dan Ahli-Ahli Cawangan yang telah sekali lagi memberi mandat dan kepercayaan bagi saya mengetuai Bahagian Larut.

Kini, Bahagian Larut kembali sebagaimana biasa dan menjadi perwakilan di Persidangan Agung UMNO Malaysia yang akan diadakan dari 13 hingga 16 Okt. ini di PWTC.

Saya Berharap apa yang telah berlaku dijadikan iktibar untuk memperkukuhkan lagi Parti bagi menghadapi Pilihanraya UMUM ke 13.

Tumpuan sudah tentu bagi menghadapi PRU yang akan datang dan persediaan seharusnyalah di lakukan dari sekarang.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof yang juga ADUN Selama, Naib Ketua Bahagian, Fauzi Kassim, Ketua Pemuda, Anuar Ariffin, Ketua Pergerakan Wanita, Hajjah Sawifah Yahya dan Ketua Puteri Bahagian, Azariah Bidin adalah diantara mereka yang hadir.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri dan ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt. Haji Najmuddin Alias, yang juga Bendahari Bahagian serta Ketua-Ketua Bahagian di Perak serta bekas-bekas Ketua Bahagian, Datuk Mohd Ali Mat Isa dan Haji Kassim Mahmud dan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi juga hadir.

Persidangan tersebut berjalan dalam suasana kekeluargaan sambil bermaaf-maafan di bulan syawal yang mulia ini.

3 October 2009

perpaduan adalah kunci kekuatan UMNO



Perpaduan adaah kunci kepada kekuatan Parti, justeru soal ini wajar diberikan perhatian oleh setiap ahli UMNO.
Saya menyarankan bahawa soal perpaduan ini wajarlah dijadikan sebagai benteng jika ahli-ahli parti mahu UMNO terus kekal sebagai Parti Pemerintah.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan persidangan agung Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama.

Saya juga turut hadir di majlis peresmian Persidangan agung Pemuda UMNO Bahagian yang diresmikan oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi.

Puteri UMNO Bahagian Larut pula mengadakan sidang mereka di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, Batu Kurau.

Setiap ahli parti harus sedar dan bersedia daripada sekarang bagi memperkukuhkan perpaduan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Seberang Perpecahan di kalangan ahli UMNO akan hanya merugikan mereka dan Pembangkang akan mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mencapai hasrat mereka.

Segala peranan dan pengorbanan Wanita tetap diberikan pengiktirafan, justeru mereka janganlah merasa sangsi.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Larut, Hajjah Sawifah Yahya kerana banyak membantu Bahagian dalam menjalankan kegiatan mereka.