Template by:
Free Blog Templates

6 January 2012

Tangga







Gelanggang petaque dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan dilengkapi dengan tempat duduk bertangga ayam.

Peruntukan sebanyak rm 10,000 telah diperolehi daripada Kerajaan negeri bagi perlaksanaan projek tersebut.

Saya melawat gelanggang Kubu Gajah bagi tujuan tersebut, petang tadi.

Turut hadir pengerusi kelab pentaque Kubu Gajah,Abdul Karim Ismail dan beberapa orang ahli jawatankuasanya.

Gelanggang pentaque Kubu Gajah adalah satu-satunya dibina di Parlimen Larut dan kedua di negeri Perak.

Diantara kemudahan lain yang telah disediakan di gelanggang pentaque Kubu Gajah ialah lampu limpah untuk permainan sebelah malam.

Saya berharap dengan kemudahan yang disediakan sukan pentaque dapat dipertingkatkan lagi khususnya di Dun Kubu Gajah.

JKKK






Jawatankuasa dan keselamatan kampung (JKKK) digesa kerap bermesyuarat untuk membinckan dan mengenal pasti masalah di tempat mereka.

JKKK ada agensi yang dilantik Kerajaan negeri untuk menjadi mata dan telinga Kerajaan.

Mereka yang dilantik menjadi JKKK adalah penting dan mempunyai tanggungjawab besar bagi kesejahteraan dan keamanan kampung.

Saya berkata demikian selepas mendengar taklimat JKKK kampung Padang Das,Simpang 3 Gudang dan Jemerang Setar di dewan JKKK Padang Das,petang tadi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan ketua kampung Padang Das, Musa Ibrahim.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Simpang 3 Gudang, Abdul Rahman Bin Noli dan ketua UMNO cawangan Jemerang Setar, Ramli Taib.

JKKK yang tidak aktif dan bermaya akan diganti dan mereka harus peka dengan kehendak masyarakat setempat.

4 January 2012

Lawat penduduk







Melawat seorang warga emas di kampung Teras dekat Ijok dalam Dun Kubu Gajah yang uzur dan menumpang di rumah adik lelakinya, petang tadi.

Mayan binti Ahmad, 75 tahun tinggal sendirian dan kini dirumah adik, Che Had bin Ibrahim.

Beliau begitu terharu atas lawatan saya yang mengambil berat keadaannya.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul wahab Mat Yatam.

Seorang lagi Zimah binti Hamzah, 59 tahun di kampung Bendang Luas yang kena stroke.

Beliau tinggal bersama suami, Kassin bin Radhilah, 70 tahun yang bekerja kampung.

Lawatan PM





Perdana Menteri Datuk Deri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melawat Felda Ijok dalam Dun Kubu Gajah pada 14 januari ini.

Perdana Menteri akan menghadiri satu perhimpunan bersama peneroka Felda.

Itu adalah lawatan rasmi Perdana Menteri ke Felda Ijok yang merupakan tanah rancangan Felda pertama dibuka di negeri Perak pada tahun 1962.

Felda Ijok akan menyambut Jubli emasnya bulan julai ini.

Satu mesyuarat bagi membincangkan lawatan Perdana menteri diadakan petang tadi yang dipengerusikan pegawai daerah, Harun Rawi.

Saya turut hadir bersama ketua penolong pegawai daerah Larut Matang dan Selama, Hajii Yusop dan penghulu Ijok serta pengurus Felda yang baru dan ketua kampung.

3 January 2012

Jalan siap












Penduduk-Penduduk di Ladang Lembah Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah boleh menarik nafas lega kerana dua projek yang selama ini menjadi penantian mereka, akhirnya terlaksana juga.

Projek bekalan Air Paip telahpun siap dilaksanakan bulan November yang lalu manakala kerja membaiki jalan ke Ladang tersebut juga telahpun diluluskan.

Petang tadi, Saya meninjau kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak ke Ladang Lembah Keluang yang dijadualkan siap dalam tempuh beberapa hari lagi.

Jalan tersebut merupakan jalan utama ke Ladang tersebut, tetapi rosak akibat pengambilan pasir dan mengangkut buah Kelapa Sawit.

Kebanyakan penduduk di Ladang tersebut ialah kaum India.

Ketika meninjau projek berkenaan, Kontrektor yang terlibat bekerja begitu keras bagi mempastikan projek bernilai kira-kira RM 50,000 siap mengikut jadual.

Pada masa ini, hujan sentiasa turun dengan lebat terutama pada sebelah petang.

Gelung dibaiki






Meninjau kerja-kerja menggantikan gelung jalan kampung yang pecah di Kampung Sungai Dendang Hilir dekat Titi Ijok, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Gelung itu pecah akibat Kenderaan berat yang dilaporkan menggunakan jalan tersebut.

Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan tersebut kerana ia tidak sesuai.

Saya telah meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan supaya meletakan Papan Tanda bagi memberi peringatan keatas kenderaaan berat agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut.

Jalan tersebut adalah satu-satunya perhubungan utama ke Kampung berkenaan dan jika ia rosak lagi ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk berkenaan.

Adun



Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kelab Barisan Nasional (BNBBC) di seluruh Negara akan berkampung di Negeri Perak dari 12 hingga 14 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan meresmikan program selama tiga hari itu di Changkat Jering.

Selepas pertama kali diadakan di Negeri Selangor, program Pemukiman ahlli-ahli kelab ADUN BNBBC tiba giliran di Perak yang melibatkan lapan kawasan Parlimen termasuk Lumut yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan Ketua UMNO Bahagian di situ.

Parlimen yang diketuai oleh Saya sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian juga terlibat manakala enam lagi kawasan Parlimen ialah Padang Rengas, Beruas, Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai dan Bukit Ganatang.

Program yang melibatkan kesemua tempat tinggal ADUN terletak dalam kawasan-kawasan Peti Undi yang ditentukan

Petang tadi, Saya mempengerusikan satu mesyuarat yang melibatkan 20 kawasan peti undi di Parlimen Larut termasuk DUN Kubu Gajah.

Larut adalah satu-satunya kawasan Parlimen di Perak yang berjaya menggekalkana kesemua empat kerusi yang dipertandingkan oleh BN pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

Program Pemukiman itu turut melibatkan lawatan rumah ke rumah dan ceramah serta majlis bersama rakyat.

2 January 2012

Peneroka kemalangan






Melawat isteri seorang peneroka FELDA, Ijok, Noorul Aini binti Md Ariff, yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Noorul, 42 tahun tinggal bersama suami dan enam orang, termasuk yang masih bersekolah.

kemalangan itu berlaku sebulan yang lalu dan Noorul Aini baru sahaja keluar daripada Hospital Taiping selepas menjalani rawatan.

Saya berusaha untuk mendapatkan bantuan terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menggurangkan bebanan beliau.

Bantuan rumah




Saya amat simpati dengan nasib sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan di Kampung Jerai Betina di Kampung Mesjid, Ijok.

Mohd Zulaimi bin Baharum, 33 tahun begitu terharu diatas lawatan Saya ke rumah beliau petang tadi.

Beliau yang bekerja kampung tinggal bersama isteri, Nur Asma binti Zafrul, 26 tahun dan dua orang anak yang masih kecil.

Dalam lawatan itu, Saya telah kenal pasti bantuan bagi membantu Zulaimi.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Abdul Aziz Jamil.

Uzur







Melawat seorang peneroka, Ismail Bakar, 73 tahun di Tanah Rancangan FELDA, Ijok, yang uzur petang tadi.

Ismail yang tinggal bersama isteri, Siti Hajar binti Man, 72 tahun adalah seorang peneroka yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di FELDA, Ijok.

Beliau begitu mengambil berat mengenai kebajikan dan masalah yang sering berlaku di tanah Rancangan tersebut.

Ismail begitu terharu diatas kunjungan Saya ke rumahnya di peringkat 3.

Turut hadirn Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.