Template by:
Free Blog Templates

17 January 2010

Kenduri Kesyukuran atas Kemenangan








Penduduk-Penduduk Jelai cukup ceria diatas kemenangan anugerah Kampung cermelang Negri Perak dan mengadakan kenduri kesyukuran hari ini.

Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar yang merupakan nadi JKKK jelai, disebalik kemenengan tersebut masih menyimpan angan-angan untuk satu lagi pertandingan di peringkat Kebnagsaan.

JKKK Jelai akan mengalas satu lagi tanggngjawab besar mewakili Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika menyampaikan hadiah kemenangan baru-baru ini juga melahirkan harapan besar agar Jelai sekali lagi mencapai kemenangan dan sekaligus meangangkat nama Negeri.

JKKK Jelai menumbangkan dua ekor lembu untuk masjli kesyukuran yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Kampung diadakan di Dewan Serbaguna Jelai.

Saya juga hadir ke satu lagi kenduri kesyukuran yang dia dakan di Surau Kampung Sangkut, Ijok dan dapat berjumpa dengan warga emas di situ.

Selepas itu beberapa orang ahli Puteri dan Wanita serta Ketua Cawangan dan Ketua Kampung berjumpa berbincang beberapa perkara.

Aktiviti Sabtu

















Aktiviti hari ini ialah makan kenduri kahwin anak lelaki Abu Bakar Ismail di Tanah Rancangan Felcra Tebing Tinggi.

Anak beliau memilih pasangan seorang wanita dari Negeri Sarawak. Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Tebing Tinggi dan juga JKKK.

Saya turut melawat tapak projek ternakan lembu Felcra Tebing Tinggi/Sungai Marlau dekat situ yang mendapat bantahan seorang penduduk berdekatan dengan tapak tersebut dan mendakwa ia mengancam keadaan persekitaraan tempat tinggalnya.

Turut sama melawat tapak tersebut ialah Ketua Kampung, Azemi Sabaran. Pengurus Felcra turut dijemput, tetapi tidak dapat bersama.

Di Felda, Ijok saya turut memeriahkan kenduri bubur asyura anjuran Belia dan Beliawanis di situ yang diadakan di Mesjid Felda. Turut hadir ialah Pengurus dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman dan Naib Ketua Puteri Bahagian Larut.

Kemudian, Saya ke kenduri kahwin anak lelaki, Umar di Padang Das. Kemudian Saya melawat projek jalan tar yang tebing jalan yang rebak di Kampung Titit Ijok. Jalan itu baru sahaja dibina.

16 January 2010














Alhamdullilah, lepas solat jJumaat di Mesjid Ulu Sepetang, bersama Ketua kampung dan Cawangan Ulu Sepetang kami hadir di majlis kenduri bubur Asyura di rumah Ketua Kampung Perak, Batu Kurau di Padang Lalang.

Sebelum itu, Saya diminta oleh Ketua Kampung Ulu Sepetang melawat gelanggang Futsal di situ yang hingga kehari ini masih belum lagi diserahkan untuk diguna,walaupun katanya sudah lama siap.

Kami cuma darpat lihat dari luar keana pintu pagar gelanggang tersebut dikunci. Beliau juga bertanya dengan kemudahan seperti bilik air dan kawasan di laman hadapan yang tidak bertar.

Saya juga melawat seorang penduduk, jali, 61 tahun di Kampung Teras, Ijok yang jatuh sakit dan memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan untuk membiyai rawatan perubatannya.

Kemudian, Saya menemui penduduk di gerai makanan Ketua Putei Kampung Mesjid. Ada diantara mereka yang memnincangkan projek kampung dan aktiviti wanita.

14 January 2010

Setiausaha Cawangan Terlantar Sakit







Hari ini, walaupun dalam cuaca yang tidak mengizinkan keana hujan yang turun pada sebelah petang, tetapi Saya dapat singgah ke rumah Ahmad Dahalan, 61 tahun yang sakit di rumahnya di Bagan Bahru.

Ahmad, yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Bagan Bahru, telah menjalani pembedahan di perut akibat sejenis penyakit pada bulan Oktober yang lalu.

Saya akan berusaha dapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) bagi membiyai kos perubatan bulanannya. Beliau adalah seorang bekas Tentera.

Beliau kini menjalani rawatan dan hanya duduk di rumah sehingga pulih sepenuhnya. Ahmad adalah seorang yang cukup aktif dalam politik dan juga aktiviti kemasyarakatan.

Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut juga turut hadir.

Di Pekan Ijok, Saya menemui Shaari bertanyakan anak perempuan beliau yang memulakan pengajian di Politeknik Ungku Umar di Ipoh, kelmarin.

Banjir Ancam Penduduk dan Tanaman




Saya berharap JPS segera mengorek saluran parit berdekatan Jalan baru di Kampung Teras, Ijok kerana menyebab berpuncanya ancaman banjir ke tanaman di situ.

Begitupun, Saya bersama Ketua Kampung dan kontrektor telah melawat ke situ untuk membantu menjalankan kerja mengorek bagi menggurangkan bebanan penduduk blla berlaku banjir.

Bila berlaku banjir bukan sahaja mengancam tanaman, tetapi juga rumah mereka turut dinaiki air.

12 January 2010

Alfatihah Kepada Keluarga Ramli





Alfatihah, diucapkana kepada keluarga Allahyarham Ramli Dahaman yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Pekan Kubu Gajah, tengahari tadi.

Saya sempat menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya. Jenazah Allahyarham, 49 tahun dikebumikan di tanah Pekuburan Islam kubu Gajah. Dengan iringan doa semoga roh Allahyarham disisi orang-orang yang solleh.

Ibu Tunggal Hiba dan Menitis Air Mata Kerana Dikunjungi







Seorang Ibu Tunggal begitu hiba dan menitis air mata melihat kedatangan Saya bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama di rumahnya di Kampung Mesjid, Ijok pagi ini.

Puan Salasiah binti Nordin, 66 tahun jatuh sakit lapan bulan lalu dan tinggal bersama seorang anak lelaki yang terpaksa berhenti untuk menjaga ibunya.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada kempen rumah ke rumah bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan di Mukim Ijok utuk melihat sendiri mereka yang memerlukan bantuan.

Sebelum ini, permohonan kebanyakannya di buat oleh mereka melalui Pejabat Kebajikan, tetapi kali ini kami ambil pendekatan untuk turun ke padang.

Ketua-Ketua Kampung yang terlibat telah mengenal pasti rumah-rumah yang hendak dilawati. Diantara masalah yang diperolehi hasil lawatan tersebut termasuklah mereka yang terpaksa menumpang dengan saudara mara atau orang lain kerana tidak mampu.

Ada juga Ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak-anak termasuk yang Kurang Upaya (OKU), selain mereka yang sudah agak uzur dan tidak lagi mampu bekerja.

Kempen seumpama itu akan diteruskan pada bulan Februari dan Mac ini di kawasan lain dalam DUN Kubu Gajah.

Dalam taklimat, Saya juga menyatakan rungutan Ketua Kampung mengenai permohonan anak buah mereka yang tidak gagal, sedangkan mengikut pengamatan mereka ramai yang layak untuk mendapat bantuan.

Jabatan Kebajikan juga diminta mengeluarkan senarai resmi mereka yang menerima bantuan untuk makluman Ketua-Ketua Kampung. Jabatan Kebajikan bersetuju mempamerkan senarai nama penerima bantuan daripada Jabatan tersebut yang akan diletakan di Pejabat-Pejabat Penghulu.

Di majlis tadi juga Ketua-Ketua Kampung mengemukakan senarai nama permohonan yang gagal mendapat bantuan dan juga permohonan hingga ke hari ini masih lagi belum ada jawapan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Shaharizat Abdul Jalil telahpun megeluarkan arahan supaya proses permohonan bantuan kebajikan, mestilah selesai dalam tempuh dua minggu.

Sebelum ini pun, Saya telah menganjurkan program yang sama berpusat di Kampung Sungai Ara,kampung Mesjid dan Tebing Tinggi.

Selain rumah Salasiah, Saya juga melawat rumah Hamid bin Ahmad, 74 tahun di Kampung Mesjid. Beliau dan Isteri terpaksa menumpang rumah orang lain, kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal.