Template by:
Free Blog Templates

25 December 2009

Masuk Kampung Lawat Orang Sakit dan Warga Emas













Alhmdullilah hari ini dapat mengadakan Solat Jumaat Di Mesjid Kampung Mesjid Ijok. Sebelum itu, Saya hadir di majlis kempen daftar pemilih Puteri UMNO Bahagian Larut dan menambah ahli baru yang diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Ijok.

Selepas sembahyang Jumaat, Saya melawat seorang penduduk di Kampung Teras yang jatuh sakit selepas satu kemalangan. Beliau bersama isterinya menanggung lima anak.

Hari ini Saya berkelah di rumah Ketua Kampung Perak, Pak Ya di Kampung Padang Lalang dan rumah seorang penduduk yang baru masuk rumah baru di bawah projek Mesra Rakyat di Kampung Sangkut.

Saya juga melawat warga emas di situ sambil bertanya khabar. Saya juga ke rumah Ibu dan Bapa Ketua Puteri Bahagian yang mengadakan majlis kenduri kesyurkuran di Felda, Ijok.

Kenduri Kahwin Cara Tradisi Masih Kuat






Di sebuah rumah kenduri kahwin di Pekan kubu Gajah yang mengadakan majlis gotong royong masak lauk daging. Kebetulan majlis perkahwinan itu adalah cucu kepada bekas naib kadi, Haji Salleh yang agak uzur.

Beliau yang Saya lawat petang tadi bagaimanapun masih kuat inagatannya walaupun sudah berusia 85 tahun.

Majlis gotong royong memasak cukup meriah dan petang tadi pihak tuan rumah telah menumbangkan seekor lembu.

Jika sebelum ini, ada tuan rumah yang terpaksa mengadakan majlis kenduri kahwin secara buffet kerana mudah, tetapi cara tradisi dengan membuat hidangan dan bergotong royong masih kuat dan menjadi pegangang masyarakat kampung.

24 December 2009

Syukur Dengan Pembangunan Kerajaan





Program berkelah akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim penduduk yang sedia wujud. Saya menghadiri majis berkelah Masyrakat Kampung Sangkut, Ijok bagi menyatakan rasa syukur mereka diatas projek pembangunan yang dilaksanankan di situ.

Berkelah secara kampung cukup menyelerakan, sambil bersembang dan bertanyakan khabar. Kampung Sangkut adaah diantara Kampung di DUN Kubu Gajah yang terletak di lereng bukit dan agak pendalaman.

Pujian harus diberikan kepada Ketua Kampung dan penduduk di situ kerana diatas kerjasama erat dan jalinan perpaduan di situ yang sentiasa menyatakan rasa syukur atas nikmat pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan.

Program Mesra Rakyat Hospital










Saya mengadakan lawatan di Hospital Selama, sambil berharap banyak lagi kemudahan ditempatkan di situ supaya pesakit tidak perlu dihantar ke Hospital Taiping atau Kulim.

Saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Lembaga Pelawat Hospital Selama diatas jemputan untuk menyampaikan lima buah kerusi roda kepada Hospital Selama.

Saya berharap program mesra rakyat Lembaga Pelawat akan memberi kesedaran kepada Masyarakat termasuk JKKK untuk memainkan peranan dalam konteks pembangunan kesihatan.

Lembaga Pelawat akan terus menjadi penghubung pihak Hospital dengan Orangramai. Saya berharap aktiviti Lembaga akan diperuaskan di masa akan datang.

Hospital Selama adalah satu-satunya Hospital bagi penduduk di sekitar selama dan kawasan berhampiran termasuk Kubu Gahah, Bagan Bahru, Felada, Redang Panjang dan Ijok.

Koperasi Disaran Berani Bersaing






Baru selesai meresmikan Mesyuart Agung Koperasi Felcra Gagasan Tebing Tinggi/Sungai Malau, sambil mengegsa Ahli Lembaga Pengarahnya berani bersaing untuk maju dalam bidang yang diceburi.

Saya juga berharap agar mereka bertanggung jawab dan tidak terbabit dengan pecah amanah dan kepercayaan yang telah diberikan.

Turut hadir Pengurus Besar Peserta Felcra Negeri Perak, Rasidi Ahmad dan Pengurus Felcra Tebing Tinggi/Sungai Malau, Abdul Razsak bin Ismail dan Wakil Pembangunan Koperasi Daerah.

Dalam perjumpaan tersebut, msalah hakmilik peserta Felcra juga dibangkitkan, Saya juga berharap pengambilan peserta di rancangan tanah Sungai Dendang dapat disegerakan. Ia membabitkan kira-kira 40 orang.

Saya juga memuji usaha Felcra untuk menjalankan ternakan Lembu fidlot yang kosnya lebih RM 800, 000 di Tebing Tinggi tidak lama lagi bagi menggalakan lagi peserta berkenaan menceburkan dalam bidang ternakan, sambil membantu rakyat miskin.

Saya memuji usaha gigig pengurusan koperasi termasuk rancangan mendirikan kilang baja dan beberapa perniagaan yang lain.

Saya juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan pemegang saham koperasi dan berharap mereka tidak sahaja hadir sekadar menerima jemputan, tetapi memberi teguran dan pandang yang membina.

23 December 2009

JKKK Adalah Agensi Penting Kerajaan














Hari ini berjumpa dengan JKKK Kampung Bagan Bahru, Sungai Segar dan Sungai Limau di Dewan Sungai Segar, yang kebetulan mengadakan gotong royong membersih kawasan dewan.

Dalam perjumpaan yang diketuai oleh Ketua Kamung Haji Zulkifli Ahmad, Saya turut mendengar beberapa perkara yang dibangkitkan. Saya turut menekankan peranan penting JKKK, selain berharap soal perpaduan penduduk tempatan diutamakan.

Kemudian, Saya melawat seorang Warga Emas, Masri bin Johari, 72 tahun yang uzur di rumahnya di Sungai Segar. Beliau tinggal di rumah bantuan Kerajaan bersama isterinya.

Saya juga ke Kampung Teras untuk meninjau kawasan tanah Kerajaan untuk projek pembangunan. Sebelum itu, singgah di pekan Ijok bertemu dengan penduduk yang mengajukan masalah mereka.

Saya juga menemui dua anggota MCA di Pekan Kubu Gajah sekadar bertanya khabar dan keadaan kesihatan Pengerusi MCA Bahagian Larut.

Tanah Pertanian Berkelompok Untuk Rakyat Termiskin











Hari ini, bersama Pegawai dari Pejabat Tanah Selama meninjau kawasan tanah berdekatan dengan Kampung Teras menghala ke sempadanan DUN Kubu Gajah berdekatan sempadan dengan Latar Tebing Tinggi bagi tujuan pertanian secara berkelompok.

Kawasan ini menjadi lebih penting dengan pembinaan projek Jalanraya baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras hingga ke sempadan Latar Tebing Tinggi, dekat Ulu Mengkuang.

Projek pertanian berkelompok ini dapat membantu rakyat termiskin untuk meningkatkan taraf hidup mereka, selain pembukaan rancangan tanah secara teratur.

Saya akan membincangkan tujuan tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama. Terdapat sekitar 3,000 ekar lebih tanah Kerajaan Negeri di situ yang telah diteroka haram.

Dalam perjalanan ke tapak tanah itu, Saya sempat singgah di mesyuarat JKKK Kampung Teras yang diadakan di D ewan Kampung tersebut.

Saya memberitahu mereka bahawa peruntukan telah diminat untum membaiki Dewan di situ.

Dalam perjumpaan tersebut, ada dikalangan penduduk Kampung Teras bertanyakan soal pecah geran tanah.

Saya juga berjumpa, razak yang kini berkerusi roda menemani isteri dan anak-anak beliau yang masih meneruskan perniagaan menjual makanan di gerai di Pekan Ijok.