


Menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan seorang peniaga di Pekan Ijok, pagi tadi.















Meninjau Tebing sungai yang rebak akibat hakisan di kampung Masjid Ijok pagi tadi.
Tebing runtuh amat berbahaya dan membimbangkan rumah yang hanya beberapa meter.
Sebuah rumah milik pegawai KEMAS dewan negeri (DUN) Kubu Gajah, Enah Binti Razali terbabit dengan tebing runtuh itu amat merisaukan mereka.
Saya telah menghubunggi jurutera kanan jabatan parit (JPS) daerah, Mokhtar Hasran bagi mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah tersebut.
Pada musim cuaca yang tidak baik dan hujan sering turun sejak kebelakangan ini ia amat membimbangkan.
Turut hadir ketua kampung Masjid Ijok, Nor Azaman Mokhtar dan ketua UMNO cawangan, Aziz Jame.







Semangat perpaduan kaum boleh dipupuk malalui aktiviti luar anjuran kelab-kelab sosial dan sukan.
Justeru aktiviti yang melibatkan silaturahim dikalangan masyarakat harus digalak dan disokong semua pihak.
Saya berkata demikian dalam ucapan melepaskan sekumpulan pemuda bermotor lasak di perkarangan dewan serbaguna Batu 7 dekat bukit Bertam Ulu Selama, pagi tadi.
Seramai 55 oranf peserta termasuk seoranf beliawan menyertai program sehari yang menjelajah sekitar hutan dan bukit bukau melalui bukit Bertam hingga ke pengkalan Hulu.
Kumpulan yang diketuai Mohd Shukri Bin Nazri termasuk peserta dari Kuala Lumpur dan daerah Manjung dan Hilir Perak anjuran kelab TTDC Taiping.
Aktiviti yang turut disertai penunggang bukan melayu itu akan bermalam dan berkhemah dalam hutan satu malam sebagai menimba pengalaman baru.
Saya berharap kegiatan seumpama itu menjadi contoh kepada masyarakat belia yang lain kerana ia mampu meningkatkan displin.
Saya juga tertarik dengan minat ahli kelab bermotor itu yang bukan sahaja sanggup berbelanja besar untuk memiliki motor, tetapi masa yang ditumpukan.
Perlumbaan motor cross turut dirancangkan di dewan negeri (DUN) Kubu Gajah bagi menarik para belia menceburi sukan tersebut.
Turut menarik perhatian saya ialah moral agama yang tinggi didalam diri ahli kelab berkenaan yang tidak lupa berdoa sebelum berlepas.










Negara memerlukan ramai pekerja berkemahiran bagi membantu meningkatkan produktiviti.
Justeru, jangan ada yang menganggapkan bidang tersebut sebagai kelas kedua.
Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penerangan unit bahagian pendidikan masyarakat (BPM) KEMAS parlimen Larut di Selama, petang tadi.
Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan dan pegawai KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hasan.
Pelajar-pelajar dibawah program kemahiran juga mampu mencapai pengalaman yang luas.
Bahkan diantara mereka juga mencapai akademi lebih baik daripada pelajar yang lain.
Peserta kursus giat MARA umpamanya kini semakin cemerlang dalam bidang kemahiran.
Terdapat juga pelajar lepasan pusat giat MARA di bengkel anjuran KEMAS.
Terdahulu kira-kira 100 peserta mendengar penerangan BPM dan hala tuju yang disanpaikan oleh pegawai operasi 11 KEMAS Perak, Ahmad Awang.



















Ketua-ketua kampung,ketua UMNO cawangan juga diminta membantu mereka yang gagal dapatkan BR1M,mengisi borang rayuan.
Kerjasama mereka amat diperlukan bagi menggelak sebarang salah faham keikhlasan dan hasrat murni Kerajaan memberi BR1M.
Saya berkata demikian dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua UMNO cawangan dan ketua kampung dalam dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Ijok.
Saya meminta kerjasama merela bagi membantu mengatasi masalah itu kerana tidak mahu ada individu dan pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.
Mengenai masalah projek penbangunan di kampung-kampung berkenaan, saya telah maklumkan bahawa ia telah dimajukan kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan.
Ada juga diantara projek yang dipohon itu diserahkan kepada pertimbangan Kerajaan pusat untuk pertimbangan.
Saya juga memohon peruntukan daripada menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Perjumpaan itu juga membincangkan program-program yang lebih menjurus kepada perpaduan.