Template by:
Free Blog Templates

4 March 2012

Fitnah






















Individu atau mana-mana pihak yang berkempen menjelang pilihanraya umum (PRU) diminta agar berhemah dan menggelakkan perbuatan menfitnah.

Mereka harus bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dan sebarang fitnah akan hanya memecah belahkan masyarakat.

Rakyat diminta menolak segala tomah mana-mana individu atau pihak yang berkepentingan politik menjelang PRU yang akan datang.

Ahli dewan undangan (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian di majlis perjumpaan bersama pemimpin di kampung titi gantung di batu 20.

Pembangkang sudah kehabisan sebab itu mereka menafikan kebaikan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kempimpinan Datuk Seri Najib diperingkat pusat dan menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semakin terserlah dan disenanggi rakyat melalui program turun padang dan bantuan kebajikan bagi meringankan bebanan rakyat berpendapatan rendah dan miskin.

Mengenai projek luarbandar, Kerajaan melaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Di majlis tersebut turut diadakan dialog dan banyak isu yang ditimbulkan termasuk masalah jalan kampung,lampu jalan dan kemiskinan.

Turut hadir ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun, ketua UMNO cawangan Batu 20, Haji Rosli Mat Zain dan ketua wanita Batu 20, Zainab Awang.

Jerlus











Tanah jerlus yang berlaku dekat jambatan kampung kota Raja Bersiong di Redang Panjang dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah mendatangkan bahaya.

Ahli dewan undangan (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang membuat lawatan telah meminta pihak jabatan parit dan saliran (JPS) agar mengambil tindakan segera untuk menambak tanah tersebut.

Tidak kurang rm 30,000 diperlukan kerja-kerja mengambus tanah jerlus seluas 5 meter dan juga sedalam 5 meter yang berlaku akibat dari air bukit.

Sebatang saliran juga perlu dibina bagi menggelakkan tanah jerlus itu berulang.

Tanah itu merupakan kutipan hasil ladang yang dimajukan Felda, Felcra dan Risda keatas kawasan seluas 500 ekar.

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah titi kayu yang juga mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama kenderaan berat.

Saya dan pengurusan agensi ladang yang terbabit dapat mengambil tindakan segera memperbaiki titi tersebut yang langsung tiada pengadang.

Titi tersebut juga digunakan oleh pengunjung-pengujung ke kolam memancing ikan dan berkayak.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Redang Panjang, Khairul Azizan bin Md Dali dan ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), Mazda Tahir.

3 March 2012

BNBBC Kedah











Pilihanraya umum (PRU) ke 13 adalah tempoh terbaik Baridan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk dapatkan semula Kedah dari pembangkang.

Pedulikan masalah yang dihadapi pembangkang yang penting BN tumpukan usaha menguatkan jentera parti disemua peringkat.

Kekuatan parti terletak ditangan BN sendiri menyelesaikan masalah dalaman dan perpaduan amat penting.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Ser Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menyertai program pemukiman BNBBC Adun seluruh Malaysia di kampung Batu Hampar dalam Parlimen Merbuk di Kedah,Malan tadi.

Turut hadir ketua peti undi, Othman Bin Omar yang juga ketua UMNO cawangan.

Untuk rekod PRU ke 12 (2008) Kedah. 1).Parlimen: BN (4). PAS (6). PKR (5)
2) DUN: BN(14) PAS(16) DAP(1) BEBAS(1) PKR (4).

Adun BN seluruh dunia kini berada di Kedah menyertai pemukim tersebut yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga pengerusi BN pusat di Sungai Petani, Malam ini.

Komponen parti juga harus mengelakkan pergeseran dan menyerahkan segala soal pengagihan kerusi kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang terbaik.

Pemukiman BNBBC Adun itu adalah siri ke 3 selepas negeri selangor dan Perak.

Negeri selangor masih dikuasai pembangkang manakala Perak BN sudah kembali berkuasa apabila empat orang Adun pembangkang bertindak keluar parti.

Remaja










Pejabat belia dan badan-badan belia digesa mengadakan lebih banyak aktiviti dan program bagi menyekat kepada pekara yang negatif.

Remaja memerlukan bimbingan dan badan-badan belia perlu merancang aktiviti bagi mendekati mereka ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan program rakan beribadah belia peringkat DUN Kubu Gajah.

Program yang dianjur bersama pejabat belia, majlis belia negeri dan daerah serta ADUN Kubu Gajah selama dua hari itu melibatkan kem asas solat,qiamulai,kursus sembelih binatang ternakan dan forum perdana di masjid Tok Paduka kampung Masjid Ijok.

Sambil menyatakan sokongan keatas program yang melibatkan belia, saya turut menegaskan bahawa negara pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa memerlukan tenaga belia yang bertenaga dan bermoral tinggi bagi memajukan negara.

Golongan belia adalah penting untuk masa depan negara, justeru tanggungjawab mendekati mereka ini wajar dilakukan oleh masyarakat.

Belia juga merupakan golongan yang mampu membantu memupuk semangat perpaduan.

Mengenai program beribadah, saya yakin ia dapat meningkatkan lagi moral mereka kearah membentuk sebuah masyarakat yang membina dan bertanggungjawab terhadap negara.

Bersukan atau jika minat terhadap aktiviti luar yang lain tidak bermakna mereka akan mengabaikan ibadah.

Program rakan masjid harus diperkembangkan karana ia mampu mendekati belia dengan aktivi beribadah.

Turut hadir pegawai penyelaras masjid daerah kecil selama, ustad asraf Zulkifli dan ketua-ketua kampung Mukim Ijok.

1 March 2012

Runtuh


















Kira-kira 40 orang penduduk disungai Dendang hilir di titi Ijok dalam dewan negeri (DUN) Kubu Gajah terputus perhubungan akibat dua buah titi kayu runtuh.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat untuk meninjau tempat kejadian titi runtuh itu petang tadi.

Titi-titi tersebut runtuh dikatakan oleh penduduk-penduduk disebabkan sampah pelepah pokok kelapa sawit yang begitu banyak dibuang di sungai disitu dan tersangkut di titi-titi berkenaan.

Kebetulan pula hujan turun dengan lebat sejak beberapa hari yang lalu dan berlaku banjir besar di kampung tersebut hinggakan air deras menghayut segala sampah dalam Sungai Dendang.

Dua buah titi tersebut pula sudah agak lama dan uzur yang dibina sejak kampung sungai Dendang Hilir itu mula dibuka.

Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan (JKKK) telah diminta membuat siasatan pihak yang bertanggungjawab membuang pelepah pokok kelapa sawit berkenaan seberapa segera bagi diambil tindakan.

Kerugian dua buah titi yang runtuh pagi semalam itu lebih RM 100,000 dan merupakan satu-satunya perhubungan penduduk disitu untuk ke luar.

Buat sementara ini, penduduk-penduduk berkenaan terpaksa menggunakan perahu. Ia juga menjejaskan murid-murid ke sekolah.

Saya telah menghubunggi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mendapatkan peruntukan segera bagi membina titi baru yang dianggarkan lebih RM 120,000 sebuah.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar diatas keperhatinan beliau yang telah membincangkan dengan pegawai kemajuan negeri mengenai hal tersebut.

Saya turut menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga yang terlibat.

Turut hadir ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azmi Bin Sarban dan ketua UMNO cawangan titi Ijok,Saat Yusop.