Perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta
agar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dikekakan
sebagai ketua UMNO bahagian Larut.
Ini bermakna ketua bahagian itu tidak akan ditentang oleh mana-mana calon pada pemilihan parti yang akan datang.
Ia sebagai menghargai pengorbanan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, yang
tidak bertanding dan memberi laluan kepada muka baru pada pilihanraya
umum (PRU) ke 13 yang sedang berlangsung.
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 15,000
orang yang hadir memberi tepukan gemuruh di majlis jamuan rakyat di
padang sekolah kebangsaan sSngai Bayur, Ulu Selama.
Turut hadir menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan
calon-calon Barisan Nasinal (BN) yang bertanding dalam parlimen Larut
pada PRU 13,
Nasihat Datuk Seri Najib itu bertujuan menggekalkan perpaduan, justeru, tidak akan ada pemilihan.
Selain Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, jawatan timbalan ketua bahagian
disandang, Datuk Mohd Daud Yusop dan naib ketua, Fauzi Kassim.
Ucapan perdana menteri itu juga disambut secara terbuka oleh Datuk Daud
dan timbalan menteri, Datuk Hamzah Zainuddin dan calon-calon yang lain.
Perdana menteri sebelum itu menunaikan solat jumaat di mesjid Sungai Bayur.