Template by:
Free Blog Templates

25 December 2011

Peranan











JKKK dan NGO diminta agar berganding bahu dalam membantu memainkan peranan dalam menjayakan program pembangunan melalui perpaduan kaum.

JKKK sebagai agensi kerajaan dan rukun tetangga dan badan NGO yang lain sebagai contoh diwujudkan mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam proses pembangunan setempat.

Jika mereka dapat selaras dan bergerak bersama ia akan memudahkan lagi proses pembangunan.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival akhir tahun rukun tetangga kawasan Kubu Gajah dan pertandingan Petaque di padang majlis daerah Selama di pekan Kubu Gajah,pagi tadi.

Turut hadir pengerusi RT dan kelab Petaque Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail dan ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran serta pemimpin kaum.

Perpaduan kaum penting jika agenda pembangunan hendak dicapai dan ia bukan sesuatu yang mudah jika semangat itu tidak pupuk dan diamalkan dari sekarang.

JKKK dan NGO juga digesa membantu memantau bagi mencegah kemudahan Kerajaan daripada diceroboh dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Saya amat kesal mereka yang merosakkan kemudahan awam sedangkan ia dibina untuk kemudahan rakyat.

Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membina dewan serbaguna, gelanggang futsal dan sepak takraw tetapi jika ia tidak dijaga dengan baik, ia membazirkan.

Kemudahan sukan adalah tempat yang berguna untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan.

24 December 2011

Janji JKR



Jabatan kerja raya (JKR) digesa segera melaksanakan jalan tar sepanjang 20 rantai di kampung Bagan Kerbau dekat Ijok.

Pihak JKR telah datang membuat sukat dan sejumlah peruntukan telah lulus, tetapi hingga sekarang belum dilaksanakan.

Jika betul apa yang dilaporkan kepada saya oleh ketua kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam, saya berharap pihak JKR dapat segera bertindak.

Saya amat kesal diatas kelewatan tersebut kerana jalan itu adalah satu-satunya laluan perhubungan penduduk berkenaan.

Saya meninjau dan melihat sendiri jalan tersebut bersama ketua kampung dan mendapati jalan tar amat diperlukan segera.

Saya akan menghubungi pengarah JKR negeri bagi mendapatkan jasa baik beliau mengenai projek jalan Bagan Kerbau.

Kenduri










Walaupun cuti persekolahan hampir ke penghujung, menjelang tahun baru 2012, tetapi majlis kenduri kahwin masih diadakan.

Hari ini, saya menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin di Dun Kubu Gajah, terutama sekitar Ijok.

Diantara kenduri kahwin yang saya hadiri ialah rumah kerani penghulu Mukim Ijok, Abdul Samad di kampung Sangkut.

Rasyidah binti Mohd Nayan dengan pasangannya Mohd Khairul Anuar bun Abdul Razak.

Di pekan ijok pula, Khaireen Niza Binti Kamaruzan dengan Mohd Nizam bin Nazar manakala di kampung Sungai Jernih, Mohd Sabran bin Sabri dengan pasangannya, Norafzan Binti Saleh dan di kampung Bagan Kerbau di kampung Teras, Mohd Amri bin Mohamed Rajiee dengan Nor Azizah Binti Zonkifly.

23 December 2011

Jalan siap




Hasrat penduduk kampung dalam kawasan kebun sawit Jemarang Setar dalam Dun Kubu Gajah,akhirnya tercapau juga.

Jalan tar sepanjang 4 setengah rantai yang dilaksanakan beberapa hari yang lalu telah siap.

Walaupun hujan turun agak lebat kebelakangan ini, tetapi projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.

Saya membuat lawatan bagi meninjau perlaksanaan projek tersebut bagi mempastikan ia mengikut jadual dan spesifikasi.

Peringkat awal ini sebanyak rm 10,000 telah diperoleh bagi perlaksanaan projek daripada kerajaan negeri.

Penduduk berkenaan boleh menarik nafas lega dengan adanya jalan tersebut sebagai perhubungan utama mereka.

Warga emas uzur






Melawat seorang warga emas yang baru pulang kerumahnya di Kampung Sungai Jerneh di Ulu Ijok selepas menerima rawatan di hospital Taiping, petang tadi.

Puan Shaari haji abdullah,80 tahun mengalami sakit barah.

Beliau tinggal bersama suami, Matanidi Bin Haji Osman, 80 tahun dan beberapa orang anak.

Saya turut menghulur sedikit sumbangan bagi rawatan perubatan Shaari.

Turut hadir ketua kampung Sungai Jernih. Jamaluddin Mat Isa.

22 December 2011

Kenduri Bubur











Hujan lebat yang sering turun sejak kebalakangan ini, tidak menghalang penduduk menjalankan aktiviti luar.

Sebagai oontoh, tenghari hari tadi, penduduk di sekitar Kampung Kelian Gunung di Hulu Ijok telah sepakat mengadakan kenduri makan bubur Asyura.

Saya sempat singgah untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut pada sebelah petang sebaik hujan mulai berhenti.

Saya amat gembira dengan semangat gotong royong mengadakan kenduri tersebut diadakan di perkarangan Surau Kampung berkenaan, bermula dengan makan tengahari.

Program itu dianjurkan oleh masyarakat di situ yang diketuai oleh Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein.

Saya gembira kerana berkesempatan bertanya khabar dan mendengar masalah pada pertemuan di majlis tersebut.

Penduduk-Penduduk yang kebanyakannya petani, berharap kemudahan Surau berkenaan dan gelanggang Sepak Takraw berdekat dapat diperbaiki.