Template by:
Free Blog Templates

4 June 2011

UMNO Perak





Menghadiri mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri Perak di Ipoh malam ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir lebih tertumpu pada jentera menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Keutamaan kepada perpaduan ahli-ahli UMNO tetap penting sebagai kekuatan parti.

Program dan aktiviti parti di setiap harus ditumpukan bagi mendekati rakyat.

Ketua-ketua bahagian turut hadir dalam mesyuarat tertutup di bangunan UMNO Perak.


Kenduri kahwin












Menghadiri kenduri kahwin di Dun Kubu Gajah dan Batu kurau.

Kenduri-kenduri tersebut ialah di Felda Ijok Peringkat 4 , Rumah Maimunah binti Kisu. Kahwin anak Nurhidayah binti Harun, 24 tahun dengan Hafiz bin Zainul Abidin, 24 tahun, Felda Ijok Peringkat 1, Rumah Kamaruddin bin Man, Kahwin anak, Nurhidayah binti Kamaruddin, 25 tahun dengan Nizam bin Azmi, 25 tahun.

Di Bendang Luas, Rumah Mohd Radzi bin Nik Hussin, Kahwin anak, Wan Noreha binti Mohd Radzi, 24 tahun dengan Mohd Azman bin Jaafar, 24 tahun.

Di Kampung Kelian Gunung, Ijok, Rumah Haji Mohamad Isa bin Mohamad Yusup, Kahwin anak, Abdullah Sofi bin Mohamad Isa dengan Norafazlina binti Mohamad Nasaruddin.

Dan di Kampung Pondok Quin, Batu Kurau, Rumah Siti Rohani binti Ismail, Kahwin anak Siti Hajar binti Che Mat, 26 tahun dengan Mohd Norkhan bin Abu Hassan, 26 tahun dan di Kampung Padang Lalang, Batu Kurau Md Tajudin bin Haji Shafie, Kahwin anak, Rafidah binti Md Tajudin, 27 tahun dengan Azli bin Ramli, 28 tahun.

Semoga semuanya berkekalan hingga ke akhir hayat.

3 June 2011

Hospital







Melawat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, Haji Mutalib Mat Dom yang sedang menjlani rawatan di Hospital Taiping, tenghari tadi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK), Pondok Tanjung di masukan ke Hospital tersebut, malam semalam.

Saya juga melawat Bapa kepada rakan sekolah saya, Anas yang juga rakan baik Allahyarham Ayahnda Saya di Hospital tersebut yang juga sedang menjalani rawatan.

Saya kemudian melawat seorang kakaitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, Umikalsom yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Taiping.

Pedang
















Saya amat tertarik dengan usaha gigih seorang penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang menghasilkan produk buatan sendiri.

Abdul Wahab Hassan, 55 tahun yang tinggal di Kampung Bagan Baharu telah menghasilkan lebih 1,000 bilah pedang dan keris.

Usaha di bengkel sendiri itu dilakukan semenjak 21 tahun yang lalu dan ada pedang yang berusia lebih 100 tahun.

Dalam lawatan ke bengkel beliau yang juga dikenali sebagai DIN Komandor terdapat diantara senjata tersebut ditempah oleh orang-orang kenamaan.

Abdul Wahab yang juga mengusahakan mandi wab berasaskan bahan herba pernah muncul johan dalam katogeri produk pertanian di pameran MAHA 2006 anjuran Kementerian Pertanian.

Beliau turut berterima Kasish diatas bantuan dan sumbangan Kerajaan dalam menjayakan produk tersebut.

Kesemua pedang dan keris tersebut menggunakan bahan tempatan seratus peratus dan terdapat juga harga yang menjangkau beribu ringgit.

Petang tadi, satu majlis jamuan kesyukuran telah diadakan di bengkel tersebut.

2 June 2011

Perjumpaan kompenen




Ahli-Ahli Komponen Parti Barisan Nasional (BN) harus bersatu dan elakan dari sebarang pergeseran sesama sendiri yang hanya merugikan Parti itu.

Sebaliknya, mereka harus bergabung tenaga dan memperkuatkan jentera Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 13.

Saya berrkata demikian ketika mempengerusikan satu perjumpaan dengan Ketua-Ketua Komponen BN dalam Bahagian Larut di Bilik Gerakan Bangunan UMNO Bahagian di Selama,.

Ketua-Ketua Komponen dari MCA, MIC, GERAKAN dan PPP turut hadir bersama wakil-wakil mereka.

Parlimen Larut dalam PRU yang ke 12, menang kesemua empat kerusi yang dipertandingkan.

1 June 2011

UUM-Baktisiswa











Pelajar-Pelajar di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan agar tidak hanya menjadikan Pusat Pengajian tersebut sebgai mendalami Ilmu semata-mata, tetapi juga dapat berbakti kepada Masyarakat sebaik mereka tamat pengajian.

Mahaiswa yang berjaya adalah mereka yang mampu menyumbang kepada Ibubapa dan masyarakat sendiri.

Budaya mendampingi dan menjalankan aktiviti bersama masyarakat harus digalakan di kalangan Pelajar Universiti supaya wujud hubungan yang baik pada setiap masa.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan program Baktisiswa Pelajar-Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Orangramai FELDA, Ijok tengahari tadi.

Seramai 19 orang pelajar Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukary, UUM terlibat dalam program selama lima hari itu yang diberi nama Menabur Budi Semarak Kasih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa mahasiswi terhadap gaya hidup penduduk kawasan luar bandar, disamping dapat mewujudkan satu rantaian silaturahim antara penduduk dengan mahasiswa dan mahasiswi.

Turut hadir Pengurus FELDA, Ijok, Abd Aziz bin Mat Isa, Keteua Kampung, Haji Sukur bin Jaman dan Pengarah Projek, Nurul Husna binti Shariff, yang juga anak peneroka peringkat 6, FELDA, Ijok.

Mengenai FELDA, Saya menegaskan bahawa rakyat di Negara ini beruntung kerana Kerajaan Barisanal Nasional (BN) berjaya mengubah dan meningkatkan gaya hidup peneroka dengan adanya pembukaan Rancangan Tanah FELDA.

Hari ini, umum dapat lihat sendiri bagaimana peningkatan hidp peneroka FELDA dai seluruh Negara.

Kahwin kali kedua




Menghadiri kenduri kahwin anak Pemangku Ketua UMNO Cawangan Sungai Jambu dalam Bahagian Larut, Ahmad bin Osman, 60 tahun, hari ini.

Muhammad Najib, 27 tahun melangsusngkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Zarufah binti Mat Ghani, 28 tahun yang berasala dari Kelantan.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein.