Template by:
Free Blog Templates

30 July 2013

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau merancang meningkat pendapatan lebih rm 1 juta sekarang melalui perniagaan dan aktiviti baru.










Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, peluang untuk perladangan juga baik.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan hari raya aidilfitri ppk di perkarangan bangunan peladang pagi tadi.

Sumbangan tahun ini meningkat lebih rm 40,000 berbanding sekitar rm 30,000 tahun lalu.

Lebih 200 orang mewakili 22 unit peladang dibawah naungan ppk batu kurau menerima sumbangan tersebut.












Katanya, masyarakat peladang berharap tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikan harga barang menjelang musim perayaan ini.

Beliau menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan yang ketat untuk mempasti tidak berlaku kenaikan harga barang.

27 June 2013

Peladang


Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau memperolehi pelbagai keuntungan setiap tahun.

Jualan stesen minyaknya setiap tahun mencecah rm 12 juta manakala jualan setiap bulan di kedai rakyat 1 malaysia sekitar rm 200,000.

Demikian umum pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PPK Batu Kurau hari ini.

Beliau menambah KR1M baru sahaja dibuka akhir tahun lalu dan mendapat sambutan yang menggalakan.
















Beliau juga mengumumkan penubuhan tabung kariat kematian bagi kemudahan kira-kira 3.000 orang ahlinya.

Pengurus besar PPK, Haji Sabri Zainol ditugas menyediakan draf garis panduan tabung tersebut.

Sukan sekolah


Ibubapa dan masyarakat diingat jangan mudah menunding jari kepada pengurusan sekolah jika prestasi sukan anak-anak mereka tidak cemerlang.

 





Ibubapa harus komitted dalam membantu memajukan industri sukan.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan kejohanan sukan tahunan sekolah kebangsaan sungai Jernih di Ulu Ijok, hari ini.

Guru besar sekolah, Zakaria Idris, ketua kampung, Jamaluddin Mat Isa, yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Mustapha Mat dan ketua UMNO cawangan kelian Gunung, Zulkifly turut hadir.

Katanya ibubapa jangan bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam bidang sukan kerana industri tersebut berkembang pesat dan mempunyai masa depan yang baik bagi mereka yang mahu menjadikannya sebagai karier.


















Bolasepak adalah contoh terdekat untuk dijadikan panduan kepada masyarakat malaysia yang berhasrat mengembangkan karier mereka.

Beliau berkata sukan sekolah adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baru.