Template by:
Free Blog Templates

24 October 2013

Ijazah


Bekas Ahli Parlimen Larut,Datuk Seri Raja Ahmad Zaiunuddin bin Raja Haji Omar, semalam menerima Ijazah Kehormat Doctor of Humanities daripada World Academy of Arts and Culture (WAAC).

Ijazah tersebut disampaikan oleh Presiden WAAC, Dr Maurus Young sambil disaksikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Haji Roshidi bin Hashim dan Pengarah Yayasan Karyawan Perak, Dr Malim Ghazali Rashid di sebuah hotel di Ipoh.

WAAC difahamkan adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang diasaskan lebih 40 tahun yang lalu dan setakat ini baru lebih 300 orang penerima ijazah kehormat itu termasuk dalam Doctor of Literary.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin amat berterima kasih dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan oleh WAAC diatas pembabitannya dalam aktiviti kemanusian dan kemasyarakatan termasuk sukan dan belia.

Beliau terlibat sebagai Wakil Rakyar selama lima penggal dan memegang pelbagai jawatan termasuk selaku Timbalan Setiausaha Agung Gerakan 4B Malaysia, Pengerusi 4B Negeri, Perkim dan Peladang.

Ketika menjadi Ahli Parlimen, beliau bukan sahaja dilantik mengetuai Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), tetapi bergerak aktif dalam Persatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) dan Persatuan Parlimen Peringkat Komanwel, Malaysia (PCA).


































Dalam Sukan, beliau merupakan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden Persatusan Bola Sepak Perak (PAFA).

Beliau juga terlibat dalam kegiatan RELA hingga dilantik sebagai Brig-Jeneral (Kehormat).

Beliau kini juga masih memegang beberapa jawatan dalam NGO termasuk Komuniti 1 Malaysia, Kebudayaan dan Sukan Parlimen Larut.

Majlis penyampaian Ijazah itu berlangsung sempena dengan Kongres Puisi sedunia yang dihadiri lebih 30 Negara di Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga merupakan penerima tunggal bintang dan anugerah tertinggi WAAC.

Para peserta Puisi juga diraikan di majlis jamuan makan malam di sebuah Pusat Pelancongan terkenal di Tambun.

0 comments: