Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Raja
Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berharap kekosongan jawatan pengurus
besar PPK dapat diisi dengan segera dan menjalankan tugas dengan baik.
Beliau mengucapkan selamat bersara kepada bekas pengurus besar, Haji
Sabri Zainol yang telah menjalankan tanggungjawab dengan didikasi.
Beliau berkata demkian ketika berucap di majlis jamuan hari raya aidilfitri dan persaraan Haji Zabri di Batu Kurau.
Katanya, Haji Sabri menjadi pengurus contoh dan mendoakan kesejahteraan
beliau dan keluarga serta mengucapkan selamat berjaya dalam dunia baru
beliau.
Beliau menambah PPK Batu Kurau berhasrat memperluaskan perniagaannya.
Namun, PPK masih mengenalpasti bidang yang sesuai untuk diterokai.
Mengenai kenaikan harga minyak, beliau berharap rakyat tidak panik dengan propaganda mereka yang tidak bertanggungjawab.