Template by:
Free Blog Templates

19 March 2008

Tahniah MB baru...utamakan amanah rakyat


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin,51 yang juga ADUN Pasir Panjang yang telah selamat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Pemangku Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah,Kuala Kangsar jam 11.40 pagi Isnin (17/3/2008). Semoga perlantikan tersebut akan diiringi dengan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat khususnya umat Melayu di negeri ini. Saya juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali yang hadir sebagai menghormati perlantikan tersebut. Sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) saya akan tetap memainkan peranan sebaik mungkin untuk membela nasib para pengundi khususnya di Kubu Gajah dan akan aktif membangkitkan permasalahan rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak.

1 comments:

Cutehotel & Cutecafes@dzulkarnain said...

Salam. Saya kagum dengan usaha YBM Dato Seri kerana berusaha kedepan dari banyak ADUN yang lain dengan mengadakan BLOG tersendiri. Noktah khas uchapan tahniah buat MB yang baru dari pada YBM dato Seri patut di puji.Ini menunjuk kan YBM adalah seorang potitician yang profesional inshaAllah.Walau pun saya jaoh di padang pasior sahara saya akan senmtiasa mendoakan kesejahteraan YBM seisi keluarga.Samapi kan salam sauya buat keluarga YBM dan seluruh gerakkerja umno Kubu Gajah khas nya semua ahli wanita & puteri yang makan bersama saya tempoh hari.
Salam . dzulkarnain..Alhada Taif Saudi Arabia - dzul59@gmail.com