Template by:
Free Blog Templates

3 May 2013

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau hari ini menyampaikan bantuan touch points subsektortanaman, ternakan dan ternakai kepada 500 ahlinya.








Bantuan termasuk pam racun, baja dan racun berharga rm 100,000  dan bernilai rm 200 tiap penerima disampaikan oleh pengerusi PPK, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar.
















Pada masa ini terdapat 22 buah unit peladang dibawah naungan PPK Batu Kurau dengan keahlian kira-kira 3,000.

Turut hadir pengurus besar PPK, Haji Sabri Zainol dan ahli-ahli lembaga pengarahnya.

1 May 2013

PDM

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam ini melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Batu 14-1/2 Batu Kurau dan cawangan Taman Lela.



















Beliau diiringi naib ketua bahagian, Fauzi Kassim dan ketua pemuda bahagian, Anuar Arifin.

Beliau meninjau perjalanan kempen dan jentera pilihanraya (PRU) ke 13.

27 April 2013

Gerakan


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam tadi melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dewan undangan negeri (DUN) Batu Kurau.

 





Beliau mendengar taklimat daripada pengerusi bilik gerakan, Mohamad Abdullah.



  
Turut hadir naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim.

26 April 2013

PM

Perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta agar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dikekakan sebagai ketua UMNO bahagian Larut.








Ini bermakna ketua bahagian itu tidak akan ditentang oleh mana-mana calon pada pemilihan parti yang akan datang.

Ia sebagai menghargai pengorbanan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, yang tidak bertanding dan memberi laluan kepada muka baru pada pilihanraya umum (PRU) ke 13 yang sedang berlangsung.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir memberi tepukan gemuruh  di majlis jamuan rakyat di padang sekolah kebangsaan sSngai Bayur, Ulu Selama.

Turut hadir menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan calon-calon Barisan Nasinal (BN) yang bertanding dalam parlimen Larut pada PRU 13,

Nasihat Datuk Seri Najib itu bertujuan menggekalkan perpaduan, justeru, tidak akan ada pemilihan.

















Selain Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, jawatan timbalan ketua bahagian disandang, Datuk Mohd Daud Yusop dan naib ketua, Fauzi Kassim.

Ucapan perdana menteri itu juga disambut secara terbuka oleh Datuk Daud dan timbalan menteri, Datuk Hamzah Zainuddin dan calon-calon yang lain.

Perdana menteri sebelum itu menunaikan solat jumaat di mesjid Sungai Bayur.