Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, peluang untuk perladangan juga baik.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan hari raya aidilfitri ppk di perkarangan bangunan peladang pagi tadi.
Sumbangan tahun ini meningkat lebih rm 40,000 berbanding sekitar rm 30,000 tahun lalu.
Lebih 200 orang mewakili 22 unit peladang dibawah naungan ppk batu kurau menerima sumbangan tersebut.
Katanya, masyarakat peladang berharap tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikan harga barang menjelang musim perayaan ini.
Beliau menggesa pihak berkuasa membuat pemantauan yang ketat untuk mempasti tidak berlaku kenaikan harga barang.