Bekas
Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin bin Raja
Haji Omar telah distiharkan sebagai Tokoh Sukan peringkat Negeri tahun 2013.
Beliau
menerima sijil, Tropi dan wang tunai yang disampaikan oleh Anggota EXCO
Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman bin Yahya di satu majlis Anugerah Sukan
untuk Semua (ASUS) peringkat Negeri, malam tadi.
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Perak, Mohd Azhari bin Muhammad adalah diantara 300
tetamu yang hadir di majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Ipoh.
Datuk Sharul
juga dalam ucapannya menyifatkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sebagai Ikon
sukan di Perak yang telah berjaya mengharumkan nama Perak dalam persada bola
sepak.
Beliau,
katanya mencatat sejarah menjadi pengurus pertama memenanggi piala FA yang
pertama kali diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun
1990 dan lebih manis lagi berjaya menewaskan gergasi bola sepak tanah air,
Selangor 4-2 di final dan di gelanggang lawan.
Sebagai
pengurus, beliau juga telah menjulang piala berprestij, Piala Malaysia sebanyak
dua kali iatu pada tahun 1998 dan 2000.
Sepanjang
menjadi pengurus Perak, pasukan Seladang itu juga meraih piala sumbangseh
Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1999 dan piala Bapa Malaysia pada tahun 1988.
Pasukan
Perak juga dipilih sebagai pasukan terbaik kerana memenanggi piala FA sempena
majlis penanugerahan Olahragawan dan Olahrawati Perak pada tahun 1991.
Jasa beliau
dikenang kerana banyak melekar sejarah kepada Negeri Perak termasuk menjadi
individu pertama dipilih sebagai Naib
Presiden FAM. Beliau adalah juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Amator
Perak (PAFA) yang pertama.
Selain
pembangunan dan kemajuan bola sepak di Perak, beliau juga merupakan pengasas
Persatuan Ping Pong Melayu Perak dan juga pernah memegang jawatan Presiden
Badminton Melayu Perak.
Beliau juga
merupakan penggeak pembinaan projek padang rumput tiruan petama di Perak yang
dibina dengan harga RM 1.5 juta di Kubu Gajah dekat Selama.
Ditangan
beliau juga, Rancangan Tanah Felda, Ijok memperolehi sebuah mini stadium bola
sepak bernilai RM 1 juta yang juga sedang dilaksanakan pembinaannya.
Perak
mengumumkan cuti umum dua kali ketika meraih kejuaraan piala FA pada tahun 1990
dan Piala Malaysia pada tahun 2000.
Datuk Seri
Raja Dr Ahmad Zainuddin kini turut terlibat dalam sukan lasak seperti 4X4 road
to Kubu Gajah. Beliau masih aktif dalam beberapa badan sukan dan bukan kerajaan
(NGO) di Perak.