Template by:
Free Blog Templates

31 March 2012

Wanita bistari











Kaum wanita disaran merebut setiap peluang yang disediakan kerajaan barisan nasional (BN) bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.

Kebolehan wanita tidak dapat dinafikan dan mereka memiliki displin yang tinggi.

Mereka yang berjaya dalam mencapai cita-cita hidup adalah kerana usaha yang gigih dan tidak mengenal sikap yang mudah berputus asa.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap diprogram perhimpunan wanita bistari di kampung Teras, tengahari tadi.

Perhimpunan peringkat Dun Kubu Gajah yang turut dihadiri anggota exco kerajaan negeri, Datuk Hamidah OSman itu diadakan di Lata Panggung, sebuah pusat perkelahan dalam Mukim Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad yang juga ketua UMNO bahagian Larut berharap kaum wanita akan terus menjadi sasaran penting dalam mencapai kemajuan negara.

Wanita adalah tonggak dan peranan mereka amat penting dalam menjaya agenda pembangunan.

Justeru, beliau menyeru agar masalah yang dihadapi ibu-ibu tunggal jangan dipandang ringan sebaliknya harus diberikan perhatian serious oleh semua pihak.

Selain jabatan kebajikan masyarakat (JKM) agensi-agensi yang berkaitan juga perlu tampil ibu-ibu tunggal terutama yang dalam kesempitan.

Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan dan memasak masakan tradisi turut diadakan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Diharap Ketua Wanita juga turun padang bersendirian dan cara berasingan untuk mengatasi masalah wanita.

Lagi rami turunpadang cara bersendirian lagi baik jika hendak menang.

Kalau YMDS saja turun padang tak payahlag berikan nama calon lain untuk dipertimbangkan dalam PRU 13.

YMDS sepatutnya melatih mereka turun padang jika mereka mahu jadi calon.

Sekian