Hasrat seorang Warga Emas di Kampung Redang Panjang dekat Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk memiliki sebuah rumah baru, akhirnya tercapai juga.
Che Puan binti Desah, 75 tahun yang juga Ibu Tunggal gembira rumah bantuan Kerajaan itu telah siap, kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat rumah Che Puan yang begitu berterima Kasih kepada Kerajaan diatas keperhatinannya membantu beliau yang selama ini tinggal di sebuah rumah yang uzur.
Turut hadir Ketua Kampung Redang Panjang, Zanuddin Hamid.
Beliau terharu kerana ADUN Kubu Gajah telah datang meninjau rumah beliau yang uzur dan sekali lagi datang apabila rumah baru itu siap dibina.
Kerajaan membelanjakan sekitar RM 33,000 membina rumah tiga bilik dan lengkap dengan bilik air itu yang dilaksanakan oleh kumpulan tenaga dari Pusat Giat Mara.
Saya berharap penyerahan rumah kepada Che Puan dapat dilakukan oleh pihak berkenaan dalam kadar segera memandangkan telah agak lama beliau tinggal di rumah yang uzur dan tidak selesa itu.
Sebuah lagi rumah berkonsep yang sama turut dibina di Kota Raja Bersiong juga dalam Kampung Redang Panjang yang dimiliki juga seorang Ibu Tunggal.
0 comments:
Post a Comment