Keperhatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap kebajikan rakyat dan menumpukan usaha memajukan kawasan luarbandar semakin mendapat keyakinan dan pujian rakyat di Negara ini.
BR1M sebagai contoh terdekat yang dilakukan oleh Perdana Menteri bagi meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Tidak rugi Negara memiliki seorang Pemimpin seperti Datuk Seri Najib yang mengutamakan kebajikan rakyat dan beliau sendiri mendahulukan rayat daripada kepentingan lain.
Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap meresmikan Gotong Royong Perdana Kemas Parlimen Larut di perkarangan Kelas Tadika di FELDA, Ijok pagi tadi.
Turut hadir Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan. Ketua Kampung FELDA Ijok, Haji Shulur Haji Jaman dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian, Junraidah Ismail .
Sikap Perdana Menteri yang sentiasa turun ke bawah dan mendekati rakyat amat dipuji dan disanjung rakyat jelata
.
Ia harus dicontohi oleh semua pemimpin tidak kira mereka itu berpangkat tinggi atau berkedudukan penting kerana ia memudahkan lagi rakyat untuk tidak merasa segan berdamping dengan pemimpin mereka.
Protok boleh menyebabkan berlakunya sikap renggang diantara rakyat dengan pemimpin mereka dan akhirnya akan menjadi tembuk pemisah yang merugikan.
Mengenai Budaya begotong royong ia harus diamalkan kerana cara itu boleh meniupkan semangat perpaduan.
Perpaduan amat penting bagi mempastikan kelincinan program pembanguna yang dircangkan oleh Kerajaan.
1 comments:
dato sri, dalam dun k.gajah atau bhg larut, hanya ada tadika felda ijok sahaja ke? dlm blog dato banyak memaparkan aktiviti dato sri di tadika tersebut...
Post a Comment