Template by:
Free Blog Templates

23 March 2012

Jurulatih sakit






Walaupun uzur, jurulatih tomoi siam di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, Syed Abdul Mutalib Bin Syed Abdul Rahman tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar melawat Syed Mutalib yang tiba-tiba mengalami stroke dirumahnya di Sungai Jernih di Ulu Ijok, petang tadi.

Keadaan Syed Mutalib, 54 tahun bagaimanapun semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisi.

Syed Mutalib yang masih bujang adalah juga seorang guru silat yang disegani di Mukim Ijokdan mempunyai ramai pengikut terutama dikalangan remaja.

Datuk Seri Raj Ahmad Zainuddin menjemput anak buah Syed Mutalib untuk mengadakan persembahan tomoi ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Felda Ijok,Awal tahun ini.

Aktiviti mempertahankan diri bagi meningkatkan nilai displin yang tinggi dikalangan belia di DUN Kubu Gajah sentiasa Digalakan.

Permainan tomoi semakin diminati dan boleh dikatakan setiap kali ada kenduri kahwin ia menjadi acara persembahan terutama peserta kanak-kanak.

0 comments: