Jalan baru yang menelan belanja berjuta-juta dan baru siap dari kampung teras di Ijok ke ulu Mengkuang di ulu Selama, mendatangkan bahaya bila berlaku tebing runtuh, semalam.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah,Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, petang tadi melawat untuk meninjau tanah runtuh dekat kampung Teras.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah memaklumkan pekara itu kepada pengarah jabatan kerja raya (JKR) negeri dan juga daerah agar mengambil tindakan segera bagi memperbaiki jalan yang rosak.
Ia membimbangkan pengguna jalanraya tersebut dan juga penduduk-penduduk kampung yang berada di pinggir jalan tersebut jika berlaku tabah runtuh.
Jika perlu JKR perlu juga buat sisatan kenapa jalanraya yang baru siap boleh berlaku tanah runtuh.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah ketua kampung teras, Abdul Wahab Mat Yatam, ketua kampung Sangkut, Haji Zan Kassim, ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, ketua UMNO Bendang Luas, Rosli Hussein dan ketua UMNO Kelian Gunung, Zulkifli Husein.
1 comments:
YMDS,
Masalah ekonomi jalan baru nampaknya susah hendak berubah.
Jika jalan tersebut melalui ladang, ladang tersebut tidak akan membangunkan kawasan tersebut.
Jika ia melalui hutan simpan kumpulan 'hijau' akan memberontak.
Jika ia melalui kampung orang kampung minta papasan luar biasa.
Saya lihat jalau Ulu Mengkuang ini tidak berubah terutama yang melalui estet. Begitu juga jalan Pondok Tanjung.
Kampung yang ada ialah kampung yang sudah sedia ada sebelum jalan tar ini siap atau dinaik taraf.
Post a Comment