Template by:
Free Blog Templates

25 July 2008

Bertekad rampas kembali pentadbiran Perak

Ahli-ahli UMNO sewajarnya peka dan bersemangat tinggi dalam usaha mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Perak ke tangan BN.

Adalah tidak keterlaluan jika Negeri Perak dapat kembali ke tangan BN, sebelum pilihanraya umum yang ke-13. Begitupun, ahli-ahli parti mestilah mengutamakan perpaduan dan sebarang perpecahan, bukan sahaja melemahkan jentera parti, tetapi menyebabkan mereka yang di luar juga merasa hilang keyakinan.


Pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali Jawi bahawa BN akan kembali mentadbir Negeri Perak dalam masa terdekat ini, seharusnnya dilihat sesuatu yang positif dan berita yang mengembirakan.

Umum tahu bahawa Kerajaan Campuran yang ada pada hari ini amat rapuh dan tidak mungkin mereka boleh bertahan lama.

Justeru, kiata berdoa ke hadarat Allah s.w.t. agar usaha untuk mendapatkan semula Kerajaan Perak akan menjadi kenyataan.


Dalam perasmian persidangan berkelompok 97 buah cawangan UMNO dalam Bahagian Larut menjelang mesyuarat yang akan bermula hujung minggu ini, saya turut mengingatkan seluruh ahli umno dalam Bahagian supaya mematuhi segala larangan dan tata cara sepanjang tempuh persidangan cawangan dan Bahagian berlangsung.

Perjelas peranan jabatan kerajaan

Struktur jabatan kerajaan dan peranan mereka perlu lebih diperjelaskan dengan memperbanyakkan road show supaya agensi-agensi kerajaan dan rakyat mengetahui serta memahami tanggungjawab mereka.

Saya membangkitkan perkara ini pada mesyuarat MTPNP. Saya juga mengingatkan agar fungsi mereka tidak bertindih.

Selain itu saya meminta agensi-agensi perlu lebih peka dengan peranan serta tanggungjawab mereka.

Mesyuarat MTPNP dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berlangsung selama tiga jam.

Pejabat MTPNP seharusnya telah beroperasi.

6 July 2008

Jauhi fitnah tumpu kepada usaha perbaiki taraf hidup

Sabtu lalu, ketika berucap merasmikan majlis program IKTIRAF anjuran seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri di rancangan tanah FELDA Ijok dalam kawasan Dewan Negeri Kubu Gajah, saya telah meminta masyarakat agar menjauhkan diri daripada tepengaruh dengan sebarang budaya fitnah yang bukan sahaja bertentangan dengan agama, tetapi juga boleh mencetuskan perpecahan dan huru hara.

Warga FELDA seharusnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. dan usaha Kerajaan dalam mengubah cara hidup mereka dahulu, sekarang dan juga pada masa depan.

Perbuatan pihak-pihak yang cuba menggunakan politik bagi memburuk-burukan mana-mana pemimpin adalah semata-mata mereka telah kekeringan modal bagi maksud kepentingan politik mereka yang tidak ada hala dan arah tuju.

Peneroka beruntung kerana mereka kini diletakan di bawah jagaan seorang Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk memajukan FELDA berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti masyarakat yang lain yang turut juga mendapat nikmat hasil dasar dan kecekapan Kerajaan BN.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik TPM, Datuk Shahlan Ismail yang turut memberikan ceramah. Di majlis itu juga disampaikan amanat TPM sempena misi 50 tahun FELDA iaitu Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar; Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah; Membina Generasi Warga Peneroka, FELDA sebagai Pelaku Global: dan Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA.

Saya juga turut merayu agar masalah yang sedang dihadapi oleh generasi kedua rancangan FELDA Ijok yang agak ramai untu mendapatkan peluang pekerjaan dapat segera diberikan perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan.

Selain daripada itu, Saya juga meminta jasa baik Datuk Shahlan agar dapat membuat tindakan susulan ekoran kelulusan yang telah dibuat oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman ketika melawat FELDA Ijok semasa pilihanraya Umum yang lalu, mengenai kelulusan projek sebanyak RM 350,000 bagi tujuan menaikan taraf kemudahan sukan di situ.

Di akhir majlis, saya juga telah menyampaikan hadiah-hadiah pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena program tersebut.

4 July 2008

Mahkamah tolak petisyen

Saya ingin melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung dengan petisyen yang dibuat bagi membatalkan kemenangan saya bagi kerusi DUN Kubu Gajah. Selain keputusan itu, Mahkamah Tinggi Ipoh juga menolak petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Ini bermakna Tan Sri Rafidah Aziz kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sidang Dewan Perak perlu diperkemaskan untuk penuhi hasrat rakyat

Sidang Dewan Perak yang berakhir Jumaat lalu, menyaksikan kelibat kerajaan baru. Dalam tempoh tidak sampai sehari bersidang, kami telah dinafikan hak untuk membahaskan titah ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang merasmikan pesidangan tersebut pada hari Selasa.

Saya yang sepatutnnya menyambung perbahasan pada keesokan harinya setelah pada petang Rabu, agak kesuntukan masa kerana masuknnya waktu solat maghrib, dinafikan oleh Speaker Dewan, walaupun keputusan Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat bersetuju untuk saya berbuat demikian.

Saya bekali-kali memberi dan meminta penjelasan, tetapi tidak diendahkan oleh Speaker yang terus memberikan peluang berucap kepada wakil daripada kerajaan. Anehnnya, Speaker memberitahu saya boleh pula berucap selepas itu. Tindakan berdolak dalik beliau menyebabkan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali bangun, meminta agar Speaker membenarkankan saya menyambung perbahasan.

Oleh kerana Speaker tetap dengan keputusannnya, kami semua terus bangun dan memulaukan sidang sebagai tanda membantah sikap tidak konsisten dan adil Speaker sepanjang sesi perbahasan, walaupun kami tetap menyokong usul titah ucapan tuanku yang isi kandungannnya cukup menarik bagi dijadikan panduan kerajaan negeri terutama isu mengenai salah guna mesjid untuk politik kepartian.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila seorang daripada anggota kami telah diancam oleh seorang pemerhati di luar dewan sebaik kami keluar beramai-ramai. Setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan dikatakan pemandu seorang anggota exco. Perbuatan lelaki itu turut menimbulkan persoalan tahap keselamatan kami ahli-ahli dewan.

Speaker juga tidak konsisten dalam ucapannya apabila tidak mematuhi keputusan beliau sendiri untuk menangguhkan dewan pada hari Jumaat iaitu pukul 12.30 tengahari sehingga saya terpaksa menggunakan perintah tetap untuk memberikan pandangan.

Sepanjang sidang Dewan selama tiga hari itu terus mencentus kekecuhan akibat di luar kawalan speaker yang berat sebelah, ditambah pula dengan jawapan Menteri Besar yang sentiasa dipertikaikan. sikap tidak profesional Menteri Besar walaupun ditegur berkali-kali agar memperbetulkan fakta dalam jawapannnya, tetapi langsung tidak mempedulikannnya.

Saya sendiri agak terkejut apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan BN dahulu dalam banyak lot tanah yang telah diberikan kepada komponen parti termasuk Bahagian Larut, Matang dan Selama, sedangkan mana ada bahagian sedemikian rupa. Saya bangun meminta penjelasan untuk memperbetulkan fakta berkenaan dengan mempertahankan bahawa sebidang tanah di Kamunting yang dimaksudkan oleh Menteri Besar itu tidak pernah diberikan kepada Bahagian Larut dan jawapan Menteri Besar itu mungkin satu kesilapan.

Akhirnnya saya menghubungi Ketua Penolong Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (Tanah), Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Perak yang ternyata jawapan yang disediakan itu adalah bermaksud sebidang tanah di Kamunting dalam Daerah Larut, Matang dan Selama dan langsung tidak menyebut Bahagian UMNO. Jika pun lot itu bermaksud kepada Bahagian UMNO ia adalah kepada Bahagian Taiping dan bukan Larut.

Menteri Besar dalam pengulunggannnya pada hari Jumaat akhirnnya memperbetulkan fakta berkenaan. Selain daripada itu turut menjadi kesangsian kami ialah berhubung dengan penubuhan jabatan agama bukan Islam Perak. Mengelirukan lagi ialah penjelasan Menteri Besar bahawa ialah belum ditubuhkan, tetapi baru di peringkat urusetia, sedangkan dalam laporan sebuah akhbar tempatan, anggota exco daripada parti DAP telah membuat kenyataan berbeza.

Susunan soalan lisan dan peluang mengemukakan soalan tambahan juga turut dipertikai kerana dianggap berat sebelah. Lebih menyedihkan lagi apabila Speaker tersasul mengatakan bahawa soalan yang tidak dinaikan adalah berupa yang tidak berkuatiti. Tetapi kenyataan beliau itu turut memakan diri apabila beliau pada mulannya menyebut tiada soalan berbau politik diberikan keutamaan, anehnnya itulah soalan yang diajukan oleh wakil kerajaan yang diberikan perhatian khusus.

Saya sendiri telah mengemukakan soalan-soalan lisan, seperti bertanyakan Menteri Besar mengenai jumlah simpanan dana negeri setakat ini? Soalan-soalan lain yang dikemukakan adalah seperti berikut;

2) Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Blue Print Kerajaan Negeri dalam menumpukan pembangunan setiap kawasan DUN luar bandar di Negeri Perak, samada jangka pendek atau penjang selaras selaras menjadikan Negeri Perak, MAJU?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan rancangan penubuhan Jabatan bukan Agama Islam Perak setakat ini?


Manakala Soalan-Soalan Bertulis

1.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan samada Majlis Bandaraya Raya Ipoh (MBI) dan Pihak Berkuasa Tempatan yang Lain terutama Majlis Perbandaran di Negeri Perak bercadang menurunkan kadar cukai taksiran, jika ia bila? Jika tidak kenapa?

2.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) berikutan tindakan penghapusan saman kesalahan trafik dan penjaja baru-baru ini?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Bilakah perlantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan dilantik?

4.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Apahkah Kerajaan Negeri menggunakan Format yang sama yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri BN dahulu dalam pendekatannya menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan Masyarakat Luar Bandar?

5.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan apa kah tindakan yang telah diambil setakat ini ke arah menutup Pusast-Pusat maksiat sebagai usaha menggurangkan masalah sosial.

Diharapkan sidang dewan kali pertama selepas pilihanraya umum ke 12 yang tercalar itu dapat diperbetulan dalam sidang yang akan datang. Ini penting lebih-lebih lagi sidang kali ini disiarkan secara langsung dalam internet dan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada setiap ahli dewan mahukan wakil-wakil mereka menggunakan sidang untuk menyuarakan pandangan-pandangan bagi kemajuan negeri ini.