Template by:
Free Blog Templates

26 March 2012

Elektrik






Sebuah keluarga di bukit Nering dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah bersyukur kerana menerima bantuan kewangan untuk memasang bekalan elektrik ke rumahnya.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menyampaikan cek RM 1,000 kepada Sahidan atau Fatimah Binti Kassim di rumahnya, pagi tadi.

Cek itu bagaimanapun diterima ibu mertuannya, Long Rahman Binti Ahmad, 72 tahun. Fatimah adahal yang tidak dapat dielakkan.

Fatimah, 50 tahun tinggal bersama suami, Mat Rashid Bin Osman dan tujuh orang anak.

Bantuan itu adalah sumbangan yayasan bina upaya (YBU) Perak bagi meringankan bebanan fatimah untuk mendapat bekalan elektrik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YBU yang sentiasa perihatin kebajikan rakyat miskin.

Turut hadir ketua UMNO cawangan simpang tiga Gudang, Abdul Rahman Noli.

0 comments: