Template by:
Free Blog Templates

18 March 2014

PIBG

Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berikrar akan terus memberi khidmat pada orang ramai, sekalipun tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Katanya memberi sumbangan pada masyarakat tidak semesti bila ada kedudukan.





Bekas ahli parlimen Larut dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau itu berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan tebing tinggi hari ini.

Penolong kanan sekolah, Abdul Rahman dan yang dipertua PIBG, Kamalluddin Darus turut hadir.

Beliau menegaskan pentingnya ilmu jika sesabuah bangsa ingin terus maju ke hadapan.





Beliau melahirkan rasa dukacita dan kesal kerana pembabitan anak muda dengan gejala dadah.

5 March 2014

Setiausaha meninggal

Mantan setiausaha UMBO bahagian Larut, Muhamad Bin Ibrahim meninggal dunia di hospital Selama, pagi tadi.

Beliau yang berusia 64 tahun adalah juga mantan pegawai khas ahli parlimen Larut dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Selama malam tadi.

Dr Raja Ahmad Zainuddin menziarah isteri Allahyarham untuk mengucapkan takziah.

Allahyarham adalah pembantu Dr Raja Ahmad Zainuddin yang didikasi.




Didoakan semoga rohnya sentiasa disisi-sisi orang-orang yang solleh.

4 March 2014

Niaga

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau bercadang mewujudkan kiosk bagi membantu ahli-ahlinya memasar barangan keluaran mereka.








Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, beliau akan mendapatkan peruntukan bagi tujuan tersebut.

Beliau berharap peringkat awal ini sebanyak rm 100,000 akan diperolehi daripada pihak berkenaan.

Dr Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung unit peladang Batu 20 dan Pantai Besar Seberang.

Katanya, dengan adanya projek tersebut ia akan membantu ahli-ahli menjual hasil mereka.









Katanya PPK mahu melihat pembabitan peladang secara serious dalam sektor pertanian.

3 March 2014

Sawit

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau bercadang memajukan tanah seluas lebih 200 ekar dengan tanaman sawit.










Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, kawasan bagi tujuan itu sedang dikenalpasti di sekitar Batu Kurau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung unit peladang Repoh.

Katanya tanah di bukit Chop dekat Ijok akan dijual atau dimajukan dengan tanaman lain yang boleh mengeluarkan hasil.

Tanah itu seluas 140 ekar ditanam dengan durian dan pokok setang.





Terdahulu, merasmikan mesyuarat agung unit peladang kampung Perak, beliau menamaah PPK akan mengadakan kursus-kursus tambah baik pertanian.