Template by:
Free Blog Templates

31 March 2013

Kenduri


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk ßeri Raja Ahmad zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menghadiri majlis kesyukuran, kenduri kahwin dan pertunangan di dalam parlimen tersebut.




Di Selama beliau menghadiri majlis kesyukuran kelahiran cucu pertama ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Supri Musa.

Cucu beliau, Mohd Firas Riskin Bin Mohd Faizal.

Di kampung Sangkut, Ijok, beliau menghadiri kahwin, Mohd Ridzuan Bin Mohd Razmi dengan pasangannya, Siti Suziana Binti Mohd Husin.













Manakala di kampung Mesjid, Ijok majlis pertunangan adik ketua puteri UMNO cawangan, Zaida Binti Ghazali dengan Fairus Manan.

Bola sepak



Dua buah projek sukan menelan belanja rm 2.5 juta akan  bina dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah tidak lama lagi.

 






Projek-projek itu ialah pembinaan sebuah padang tiruan berharga rm 1.5  juta di pekan Kubu Gajah dan rm 1 juta projek mini stadium di Felda, Ijok.

Tender untuk kedua-dua projek ini telahpun dikeluarkan bagi perlaksanaan.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan bolasepak sembilan sebelah di Bagan Bahru, dekat Ijok, petang tadi.

Padang rumput tiruan itu juga kelak akan dilengkapi dengan lampu limpah.


Ia adalah dibawah perlaksanaan 32 projek padang  rumput tiruan 1 Malaysia yang diilhamkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di seluruh negara.

Beliau berharap kemudahan itu dapat meningkatkan mutu bola sepak dan kemajuan sukan yang lain.

Pasukan dari Kamunting muncul juara selepas  mengalahkan pasukan rancangan tanah belia khas (RTBK) pondok Tanjung 1-0 pada final.

Mereka membawa pulang piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dan hadiah wang tunai rm 1,000.

Ceramah


Rakyat diingatkan bahawa keadaan mereka menjadi tidak tenteram, jika timbul kekacauan pada pilihanraya umum (PRU) ke 13.

 









PRU wajar diberikan laluan berjalan lancar kerana ia merupkan proses demokrasi bagi mendapat mandapatkan mandat baru, menubuhkan kerajaan.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di kampung Bangol Sebelah di Batu Kurau, petang tadi.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah mengingatkan kesulitan yang akan dilalui rakyat jika mereka tersalah memilih kerajaan.

PRU bukan masa seperti  suka-suka "menukar baju".






Katanya, jadikan pergolalakan yang berlaku di negara lain sebagai pedoman agar ia tidak menjalar ke negara ini.

Beliau menyeru rakyat agar tidak terpedaya dengan kempen mereka yang memburuk-burukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Gotong-royong



Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan terus memajukan rakyat dan negara, jika diberi mandat pada pilihanraya umum (PRU) yang ke 13 ini.

 



Kepimpinan dan pentadbiran perdana menteri sudah terbukti dan menyakinkan rakyat semua peringkat dan kaum.

Pekara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis gotong royong di taman Kota Wira, dekat Ulu Kamunting hari ini.

Turut hadir penghulu Mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli, ketua UMNO cawangan Kota Wira, Sidek Bin Mat dan ketua UMNO taman Lela, Syed Mansor Bin Syed Omar.

















Katanya, Datuk Seri Najib meletakan kepentingan memajukan rakyat tanpa mengira kaum dan pendekatan ini menawan hati kebanyakan rakyat.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut menyeru rakyat yang layak mengundi agar tidak mengabaikan tanggunjawab mereka bagi memilh kerajaan yang kuat.

Setiap undi itu penting dan akan menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding.

Lebih 100 orang penduduk terlibat menjayakan gotong membersih kawasan dan mengecat sekolah tabika KEMAS dan dewan serbaguna taman tersebut.

Kugiran



Anak-anak muda perlu diberikan kesempatan megasah bakat mereka dalam dunia hiburan.

Industri hiburan kini berkembang dengan pesat, tetapi memerlukan mereka yang benar-benar serius dan komitted.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika merasmikan pertandingan juara-juara kugiran peringkat parlimen Larut, hari ini.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah, Faridah Sailan, pegawai perpaduan daerah, Mohd Radzi, penyelia kanan KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hasan dan pengerusi jawatankuasa pertandingan, Abdul Karim Haji Ismail.

Beliau berkata industri muzik di negara wajar bersaing jika mereka mahu maju ke hadapan.











Industri ini juga memerlukan sokongan semua pihak bagi membantu kejayaannya.

Northen band dari ladang Hollyrood dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, muncul juara pertama dan memenanggi hadiah wangtunai rm 500.

Tempat kedua dimenangi band dari Bukit Mertajam dan ketiga band dari Sungai Ara juga dalam DUN Kubu Gajah.

Perpaduan



Rakyat semua kaum  diseru agar menyertai badan-badan kerajaan kerana ia boleh memupuk perpaduan.

Badan seperti sektor rukun tetangga boleh mewujudkan semangat muhibbah dan perpaduan.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan sukaneka perpaduan dan KEMAS di Kubu Gajah, hari ini.

Beliau menambah, perpaduan kaum adalah kunci ketahanan nasional.






Katanya, kemajuan negara bergantung kepada kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru, beliau mengingatkan agar rakyat menolak sebarang bentuk perpecahan kaum.