Template by:
Free Blog Templates

15 March 2013

Perhubungan

Mesyuarat perhubungan UMNO Perak yang dihadiri ketua-ketua bahagian lebih berpusat kepada persiapan pilhanraya umum (PRU) ke 13 tidak lama lagi.

Mesyuarat tertutup yang dipengerusikan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku ketua perhubungan membincangkan persiapan jentera pilihanraya semua peringkat.

Beberapa orang ketua bahagian yang menjawat jawatan menteri kabinet dan ahli majlis tertinggi (MT) turut hadir.






Pada PRU ke 12, UMNO meletakan 34 calon di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Perak dan menang 27 kerusi.

UMNO Larut, satu-satunya bahagian di Perak, menang kesemua empat kerusi iaitu parlimen dan tiga DUN, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau, selain parlimen.







Naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah diantara ahli parlimen UMNO yang dilantik menteri kabinet manakala dua lagi Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun) dan Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas).

0 comments: