Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin
Raja Haji Omar hari ini dipilih sebulat suara menjadi Pengerusi Perkim Cawangan
Batu Kurau dalam mesyuarat Agunga taunannya.
Nama
beliau yang dicadangkan oleh Ustaz Abdul Rahim Ahmad, yang juga Naib Pengerusi
dan disokong sebulat suara perwakilan yang hadir.
Beiau
menggisi kekosongan jawatan tersebeut yang dipangku Ustaz Rahim sebelum ini.
Ustaz
Rahim pula kekal sebagai Naib Pengerusi manakala Adnan Ahmad sebagai Setiausaha
dan Bendahari, Mohamed bin Abdullah serta lima orang ahli jawatankuasa termasuk
dua muka baru, Rahmah binti Hasan dan Naila binti Shafie.
Dalam
ucapan perasmiannya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ketua UMNO
Bahagian Larut menyeru umat Islam agar menolak sebarang usaha mana-mana pihak
dan individu yang cuba mempersendakan Islam.
Katanya,
Umat Islam akan mempertahankan kesucian Agama itu dan tidak akan berkempromi
dengan mana-mana individu atau pihak yang cuba memperkecil-kecilkan Islam.
Mesyuarat
tersebut juga meluluska usul sebulat suara menolak penggunaan Kalimah Allah
oleh mereka yang bukan Islam.
Datuk
Seri Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan Terima Kasih diatas kepercayaan memilih
beliau sebagai Pengerusi Perkim Batu Kurau dan akan berusaha untuk meningkatkan
pertubuhan tersebut selaras dengan penubuhannya.
Turut
hadir di mesyuarat agung tersebut ialah Pengerusi Perkim bahagian Negeri Perak,
Datuk Abu Bakar Shaari yang turut menyumbangkan sebanyak RM 1,000 bagi tabung
mereka.
0 comments:
Post a Comment