Peristiwa
yang berlaku di Lahad Datu, Sabah harus menjadi pembuka mata betapa pentingnya
perpaduan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Kedaulatan
Negara harus dipertahankan dan tiada sebarang kompromi bagi menjaga
keamanan.
Penceroboh
Negara harus ditentang habis-habisan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar sambil menyeru
rakyat berdoa agar seluruh anggota pasukan Keselamatan yang terlibat dalam
operasi di Lahad Datu sentiasa didalam perlindungan Allah S.W.T.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) kedua termasuk bujang 21 tahun keatas di Ijok, pagi tadi.
Penghuku
Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali turut hadir di majlis tersebut yang melibatkan
lebih 300 orang penerima pelabagai kaum yang diadakan di Pejabat Penghulu.
Katanya,
Hanya dengan meningkatkan perpaduan, ia mampu menghalang Negara daripada
diceroboh oleh musuh dan petualang.
Beliau
menambah keselamatan negara jika terancam menimbul kesulitan kepada rakyat.
Beliau
menyeru agar seluruh rakyat agar sentiasa berada di belakang Kerajaan dalam
memeranggi sebarang pencorobahan yang mengancam keselamatan Negara.
0 comments:
Post a Comment