Template by:
Free Blog Templates

20 March 2013

Tadika


Rakyat harus bijak memilih kerajaan yang kuat dan boleh memperjuangkan masa depan mereka.

 









Justeru, mereka disarankan membuat pilihan yang tepat kerajaan yang berkemampuan pada pilihanraya umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung jawatankuasa tadika KEMAS peringkat felda, Ijok, hari ini.

Katanya, sudah banyak contoh kerajaan yang goyang sering melalui kesukaran  untuk mentabir.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ternyata adalah sebuah kerajaan yang berkemampuan dalam membawa kemajuan kepada rakyat.

Walaupun, hanya dalam tempuh beberapa tahun menjadi perdana menteri, terbukti kemampuan beliau menjadi seorang pemimpin negara.










Justeru, berlandaskan faktor ini tidak ada sebab kenapa beliau dan kerajaan pimpinannya diberikan mandat sekali lagi pada PRU ke 13 ini.

Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan janji-janjinya.

Turut hadir pemangku pengurus felda, Ijok, Badu Ganti Bin Kolan dan penyelia KEMAS Larut, Nordin Hasan.

0 comments: