Template by:
Free Blog Templates

12 March 2013

Tabika


Rakyat Luarbandar akan terus menikmati program pembangunan jika Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, diberi kepercayaan dan mandat  menjadi Kerajaan pada Piliharnaya Umum (PRU) yang akan datang.

Justeru, rakyat hendaklah membuat keputusan yang bijak dan tidak mengikut emosi dan terpedaya dengan pihak yang cuba menjatuhkan Kerajaan pimpinan BN menjelang PRU ke 13.

Demkikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Tabika Kemas Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hasan dan Pengerusi Parpaduan Kubu Gajah, Abd Karim Ismail.

Katanya Kerajaan BN sentiasa memberikan perhatian dan tumpuan kepada pembangunan kawasan luarbandar agar ekonominya juga tumbuh dengan segar seperti kawasan bandar.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut memberi contoh pembanguna yang sedang dinikmati oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah termsuk perlaksanaan projek jalan yang telah diluluskan dari Redang Panjang ke Batu 20 menelan belanja RM 15 juta.













Pakej kedua projek menai taraf jalan Kubu Gajah ke Kamunting melalui Ulu sepetang bermula dari Sekolah Menengah Kubu Gajah ke Ladang Malaya akan bermula minggu depan manakala pakej terakhir dari Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung akan bermula sebelum akhir tahun.

Mengenai Tabika Kemas, beliau menegaskakan ia juga mampu menjana perpaduan kaum melaui kelas yang dianjurka oleh agensi Kerajaan itu.

0 comments: