Template by:
Free Blog Templates

20 March 2013

Wanita


Kekacauan boleh menggangu kelincinan pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Justeru, rakyat haruslah berkerjasama mematuhi undang-undang dan jangan pru sebagai pesta.




Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menasihatkan, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program sayang pergerakan wanita UMNO bahagian Larut di Selama, hari ini.

Turut hadir naib ketua wanita UMNO bahagian, Mariaul Kiftiah Binti Haji Abdul Rahman.







Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan pentingnya rakyat memberikan mandat kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan BN meneruskan rancangan pembangunan.

Beliau memberitahu kira-kira 200 ahli wanita UMNO yang hadir tentang pentingnya perpaduan dalam parti.

Sebarang perpecahan akan melemahkan jentera pilihanraya.

0 comments: