Template by:
Free Blog Templates

29 December 2014

Banjir

Kesemua 30 pertubuhan peladang kawasan (PPK) di Perah diarah memantau dan membuat persedian membantu mangsa banjir.

PPN semalam telah menghantar barang makanan kepada mangsa banjir di kampung Gajah.





Beliau berkata demikian ketika berucap di majis kesyukuran unit peladang anak Kurau, dekat Batu Kurau.



Beliau yang juga ahli jemaah pengarah (AJP) pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) menambah badan induk itu juga menghulur bantuan beras dan bahan makan di pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara.




Katanya,bantuan itu akan dibuat sehingga keadaan banjir pulih.

Beliau juga menasihatkan penduduk-penduduk supaya segera berpindahan jika keadaan banjir diparas bahaya.

26 December 2014

Peladang

Pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak berharap program pembangunan luar bandar menambah nilai harga tanah penduduk.

Sebilangan besar ahli peladang adalah orang luar bandar.







Demikian kata pengerusi PPN, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan sukanika puteri UMNO cawangan Ceruk Pelanduk dekat Batu Kurau.



Beliau menyeru lebih ramai ahli puteri menyertai pertubuhan peladang bagi membantu mendedah aktiviti mereka.

Peladang mahu mengecangkan sayapnya dikalangan remaja dengan aktiviti pertanian.










Rugi jika remaja tidak menyertai peladang kerana banyak peluang untuk mereka menceburi.

Mengenai aktiviti sukanika ia harus dgalakan untuk mencetus semangat bermuafakat.

Mengenai banjir, beliau menyeru rakyat tampil memberi sumbangan dan sokongan secara sukarela.

18 December 2014

NAFAS

Pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar terpilih sebagai ahli jemaah pengarah (AJP) pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS)

Beliau adalah diantara 11 AJP daripada 22 orang calon yang bertandi g di nesyuarat agung NAFAS di kuala lumpur kelmarin.

Raja Ahmad Zainuddin adalah diantara dua muka baru yang menang dalam pemilihan bagi tempuh tahun 2014-2017.











Lebih 300 perwakilan dari seluruh negara ternasuk sabah dan sarawak menghadiri mesyuarat agung yang dirasmikan oleh menteri pertanian dan asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob.

Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menyokong beliau.





Berharap dengan pengalaman yang ada dapat memberi khidmat memajukan NAFAS.

Dengan pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat beliau berharap ia mendatangkan kuntungan kepada NAFAS

21 November 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) berhasrat mengusahakan tanaman labu dan jagung secara komersel.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Kmar berkata mereka telah mengenalpasti kawasan seluas 500 ekar di pondok tanjung.






Beliau yang juga pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak berkata demikian  selepas mesyuarat ahli jemaah peladang (AJP) Batu Kurau.





PPK berharap mendapat kerjasama jabatan haiwan untuk tujuan tersebut.

Jika gagal PPK akan menemui menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub untuk merayu.

17 October 2014

Peladang

Pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak merancang program bersepadu untuk memikat lebih ramai belia menyertainya.

Pada masa peratus keahlian kumpulan ini terlalu kecil.












Purata tiap-tiap pertubuhan peladang kawasan (PPK) di Perak hanya dalam lingkungan tidak sampai 3 atau 5 peratus.





Demikian tegas pengerusi PPN, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis kesyukuran dan minum petang anjuran PPK Batu Kurau.









Selain seminar, aktiviti sukan seperti bola sepak akan dianjurkan.

Terdahulu, beliau yang juga pengerusi PPK Batu Kurau mempengerusikan mesyuarat jemaah pengarahnya.

8 October 2014

Korban

Pertubuhan peladang negeri (PPN) merancang menubuh sebuah koleh kemahiran khusus untuk anak-anak ahli-ahlinya.






Pada peringkat awal kursus bersama kementerian yang berkaitan adalah di peringkat sijil dan diploma.

Demikian diumumkan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis korban di dewan komuniti ahli parlimen Tambun di Seri Desa Chepor dekat Chemor.

Projek itu katanya bagaimanapun masih diperingkat perbincangan.

Beliau turut mengumunkan pembinaan kilang sawit rm 44 juta di beruas dan kilang padi rm 5 juta di Bagan Serai.

Mengenai wisma peladang di Greentown Ipoh ia dijangka siap awal tahun depan.








PPN katanya juga merancang membuka pusat pengumpulan hasil produk peladang untuk dipasarkan.

Selain korban, sumbangan juga disampaikan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Pemangku pengarah pertubuhan peladang (IPP) Perak, Ghazali Hasan dan pengurus besar PPN, Ramlan Musa adalah diantara 500 orang yang hadir.

1 October 2014

PPN

Tokoh bola sepak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dipilih sebagai pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak yang baru.

















Beliau yang juga bekas ahli parlimen dan adun menggantikan Haji Zaki Din dalam mesyuarat agung PPN yang di hadiri 490 orang perwakilan di hotel casurina, bandar Meru Raya, Ipoh, semalam.
 
Dr Raja Ahmad Zainuddin juga dicalonkan untuk pemilihan ahli lembaga pengarah pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) yang akan diadakan tidak lama lagi.










Ahli jemaah pengarah PPN  yang lain yang dipilih ialah Haji Abdul Ghani Bin Haji Abdul Rashid, Nurdin Mat Isa, Adzahar Haji Salleh, Haji Khairuddin Tarmizi, Abdul Latif Mat Ali, Ismail Hasbolah dan Datuk Mohammed Akhiar Bin Ahmad Wazir Affandi.


Mesyuarat yang dirasmikan wakil menteri pertanian dan industri asas tani itu turut memilih 43 orang perwakilan ke mesyuarat agung NAFAS tidak lama lagi.

19 September 2014

Peladang

Rakyat diseru agar tidak panik dan mudah keliru dengan perlaksanaan GST.

Apa yang penting kerajaan melakukan yang terbaik untuk menafaat rakyat.





Demikian tegas pengerusi ahli jemaah pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika Berucap merasmikan kursus amalan perladangan organik dan pembungkusan serta perlebelan anjuran pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau.

Beliau yang juga pengerusi PPK Batu Kurau menambah, petani dan peladang harus segera menyambut baik kempen menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub yang berjihad memeranggi orang tengah.

Rakyat akan terus menangung beban jika orang tengah bermaharajalela mengaut keuntungan berlebihan.








Justeru, petani dan peladang wajar turun ke ladang memulakan tanaman bagi menggurangkan masalah mengimpot yang akhir juga membebankan rakyat.

PPK Batu Kurau akan mengadakan kursus dan program menarik remaja menjadi ahli peladang.

11 September 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan menganjurkan program jom bertani tidak lama lagi.

Ia melibatkan seramai 22 orang yang dipilih oleh unit-unit PPK itu sendiri.

 
 
 
 
 
Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Lmar selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah pengarah.

 
Untuk tujuan itu, setiap petani berkenaan akan diperuntukan baja dan benih bernilai rm 500 seorang.

Beliau yang juga ahli jemaah pengarah pertubuhan peladang negeri (PPN) menambah program jom bertani berakhir pada 30 september.
 


 
Dr raja ahmad zainuddin berkata PPK Batu Kurau akan menganjur kursus perikanan untuk ahli-ahli  peladang remaja pada 18 september ini.

29 August 2014

Peladang

Pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak merancang membina dua buah kilang padi kearah berjihad dengan orang tengah.

Dua kawasan yang dikenal pasti ialah seberang Perak dan Bagan Serai.

Anggaran kos yang   dicadangkan adalah rm 30 juta untuk dua buah kilang tersebut.




Tetapi, menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub bagaimana, peringkat awal bersetuju dengan rm 5 juta untuk kilang di Bagan Serai kerana di seberang pada masa ini sudah ada tiga.

Demikian dinyatakan ahli jemaah pengarah PPN, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan  majis penyampaian zakat perniagaan di Batu Kurau.

Lebih 100 orang menerima zakat bernilai rm 15,00 dan merupakan kali kedua. Pemberian kali pertama pada bulan puasa  dengan  yang sama.











Dr Raja Ahmad Zainuddin yang juga pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau berkata mereka bercadang menceburkan diri dalam bidang hartanah.

Terdahulu, beliau mempengurikan mesyuarat ahli jemaah pengarah PPK Batu Kurau.