Template by:
Free Blog Templates

8 October 2014

Korban

Pertubuhan peladang negeri (PPN) merancang menubuh sebuah koleh kemahiran khusus untuk anak-anak ahli-ahlinya.






Pada peringkat awal kursus bersama kementerian yang berkaitan adalah di peringkat sijil dan diploma.

Demikian diumumkan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis korban di dewan komuniti ahli parlimen Tambun di Seri Desa Chepor dekat Chemor.

Projek itu katanya bagaimanapun masih diperingkat perbincangan.

Beliau turut mengumunkan pembinaan kilang sawit rm 44 juta di beruas dan kilang padi rm 5 juta di Bagan Serai.

Mengenai wisma peladang di Greentown Ipoh ia dijangka siap awal tahun depan.








PPN katanya juga merancang membuka pusat pengumpulan hasil produk peladang untuk dipasarkan.

Selain korban, sumbangan juga disampaikan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Pemangku pengarah pertubuhan peladang (IPP) Perak, Ghazali Hasan dan pengurus besar PPN, Ramlan Musa adalah diantara 500 orang yang hadir.

0 comments: