Template by:
Free Blog Templates

28 February 2011

Kemudahan







Bukan setakat mendapatkan projek, tetapi Saya sendiri turun ke bawah melihat kerja-kerja perlaksanaan bagi mempastikan ianya dibuat mengikut spekfikasi dan jadual.

Saya meluangkan masa meninjau pembinaan sebuah titi kontrik di Kampung Kelian Cheni bagi kemudahan penduduk kampung.

Kerja-Kerja pembinaan projek berharga RM 30,000 oleh sebuah Kontrektor tempatan itu yang dimulakan kelmarin dijagka siap dalam masa seminggu lagi jika tiada hujan.

Saya juga turut meninjau pembinaan projek jalan tar berharga RM 30,000 di Kampung Pulau Damar di Sungari Ara.

Pembinaan jalan itu baru sahaja selesai yang akan memberi kemudahan kepada penduduk di situ untuk berulang alik ke Pekan yang berdekatan, selain Pelajar Sekolah dan Petani menjual hasil usaha mereka.

Air Bersih







Alhamdulillah, kira-kira 100 buah rumah di sekitar Kampung Gudang dan Padang Das dalam DUN Kubu Gajah, kini menarik nafas lega apbila projek bekalan air bersih telah dapat disalurkan ke rumah mereka baru-baru ini.

Saya sendiri telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM 50,000 bagi pemasangan paip untuk membekalkan air bersih ke Kampung-Kamung berkenaan.

Tengahari tadi, Saya meninjau sendiri projek berkenaan dan berharap tidak timbul lagi masalah pengunaan air oleh kira-kira 500 orang keluarga yang terlibat.

Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim yang begitu gembira dengan pembinaan projek terebut mewakili penduduk mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga keapda Kerajaan diatas peruntukan yang disediakan.

Boleh dikatakan kebanyakan penduduk kampung lebih selesa menggunakan bekalan air bersih yang disalurkan daripada Air Terjun yang berhampiran.

Projek itu yang diselanggarakan oleh mereka sendiri juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan melalui kerjsama yang mereka lakukan.

Pemasaran Peladang





Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau merancang mewujudkan Pusat Pengumpulan Pemasaran bagi kemudahan ahli-ahlinya dan juga Petani yang lain.

Kearah itu, PPK akan bekerjasama dengan Pejabat Pertanian Daerah dan secara dasarnya kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PPK yang Saya pengerusikan di Pejabat PPK di Batu Kurau, pagi tadi.

Dengan adanya pusat tersebut ia akan membantu mepusatkan segala hasil pengeluaran petani di bawah naungan PPP dan juga untukmenarik mereka yang lain yang masih belum menjadi ahli.

Pada mesyuarat itu, PPK merancang mengadakan Hari terbuka pada bulan Mei yang akan datang sebagai kempen menambahkan ahli. Selain taklimat,pameran dan juga beberapa aktiviti akan dianjurkan.

PPK juga akan menyeraikan beberapa usahawan di bawah naungannya yang berjaya menghasilkan produk sendiri untuk dimuatkan dalam laman Web khas yang akan disediakan kelak.

PPK juga merancang mengadakan projek mega tidak lagi dan sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi tujuan tersebut ia termasuk bidang ternakan, pengkilangan dan pertanian.

Hampit kesemua 22 unit dalam PPK telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung mereka yang akan berakhir sehari dua lagi.

Serah borang UMNO



Singgah minum petand di rumah seorang penduduk di Titi Ijok, sambil berbual bertanya khabar.

Harun bin Tumas, 63 tahun turut menyerahkan menyertai UMNO dan berharap dapat menyumbang kepada Parti tersebut kerana beliau tahu hanya UMNO yang mampu memperjuangkan nasib bangsa, Agama dan Tanah air.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Saad bin Mohd Yusop.

27 February 2011

UMNO - Hishamuddin











Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa adalah satu kesilapan besar jika ada di kalangan Orang Melayu yang menganggapkan Parti itu tidak memperjuangkan Agama.

Malah sebelum Pas wujud, UMNO ternyata Parti yang memperjuangkan Islam dan Bangsa serta mendapatkan Kemerdekaan dari tangan Penjajah.

Beliau turut mengesahkan kekuatan UMNO Perak dibaawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berdasarkan perpaduan yang wujud.

Datuk Seri Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan persidangan serentak seluruh cawangan UMNO di Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pagi tadi.

Kehadiran lebih 5,000 orang di perhimpunan itu amat jelas sekali kenyataan beliau mengenai UMNO Perak yang mendapat tepukan gemurah.

Begitupun, Naib Presiden UMNO itu berharap mereka jangan merasa selesa dengan kedudukan Parti tersebut, sebaliknya bekerjasa lebh keras untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Perpaduan yang ditunjukan dalam UMNO Perak, katanya akan menjadi contoh kepada perubahan yang cuba dibawa oleh Parti tersebut selepas diambil alih oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Katanya, Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan program turun padang ke Negeri-Negeri mulai bulan depan sehingga selesai September ini.

Terdahlu, Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak begitu gembira kerana UMNO Perak adalah satu-satunya Negeri yang telah mengadakan perasmian serentak persidangan Cawangan-Cawangan.

Ianya bermula tahun lepas dengan diresmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bilangan yang hadir kali ini bertambah, sekaligus menolak dakwaan Pembangkang bahawa ia tidak mendapat sambutan.

Dr Zambry turut menghargai kepimpina peringkat akar umbi dan berharap sokongan itu akan beterusan bagi menjamin kekuatan Parti itu menghadapi PRU ke 13.

Beliau juga menegaskan peranan penting ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan berharap mereka terus menjalankan program bagi menarik lebih ramai ahli.

Dr Zambry yakin dengan kerjasama dan sokongan padu Badan Perhubungan UMNO Negeri, UMNO Perak bukan sahaja kuat dan teguh, tetapi bersedia mengahdapi PRU sebaik diumukan kelak.

Program Pemimpin turun ke padang akan diteruskan bagi mendengar rintihan rakyat dan menyelesaikannya.

UMNO Bahagian Larut menghantar lebih 310 orang perwakilan sebagaimana yang diumumkan oleh Pengacara majlis ke majlis tersebut. Beliau turut mengumukan bilangan kehadiran dari Bahagian-Bahagian yang lain berdasarkan senarai pendaftaran.

26 February 2011

Ribut





Meninjau kerja baik pulih atap rumah Bendahari Mesjid Toh Paduka Kampung Mesjid, Che Ya bin Che Daud, 70 tahun yang ditimpa sebatang pokok dalam ribut baru-baru ini.

Beliau yang juga Iaman Surau Bendang Luas, begitu terharu diatas keperhatinan Saya dan mengucapkan Terima Kasih, sumbangan yang diberikan.

Dalam kejadian ribut itu bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan berlaku, sekalipun Che Ya yang juga JKKK Kampung Mesjid dan keluarga berada di rumah.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas Rosli bin Shamsuddin dan Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Fauzi Kassim.

Rumah Miskin








Sebaik diberitahu ada penduduk yang tinggal menumpang di rumah orang, Saya telah melawat sebuah rumah di Kampung Titi, Ijok.

Saidin bin Ali, 44 tahun telah merayu mengenai rumah yang beliau tinggal dan mohon untuk mendapatkan bantuan membaiki rumah peninggalan Ibunya. pada masa ini beliau terpaksa menumpna rumah adik beliau yang kini tinggal di tempat lain.

Rumah adiknya itu pula hanya sekadar sebuah pondok. Saya telah meminta Ketua Kampung Kubu Gajah dan Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok untuk menyenaraikan nama beliau bagi mendapatkan bantuan dibwah E-Kasih.

Saidin begitu terharu menerima lawatan Saya yang begitu perhatin keatas masalah yang beliau hadapi. Beliau hanya bekerja Kampung.

Kiosk Wanita








Saya sentiasa menggalakan penduduk tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, sekalipun secara kecil-kecilan.

Di DUN Kubu Gajah, ramai penduduk Kampung, terutama Ibu Tunggal yang tampil menjalankan perniagaan mereka, sekalipun ada yang tidak bergantung langsung kepada mana-mana bantuan pinjaman.

Begitupun, mereka tetap gigih menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga dan ini amat mengembirakan.

Petang tadi, Saya menyampaikan sebuah Kiosk kepada Arison binti Ali, 43 tahun di Kampung Titi Ijok untuk menjalankan perniagaan di depan rumahnya.

Sebelum ini, beliau yang mempunyai dua orang anak hanya berniaga di sebuah gerai yang dibian secara ala kadar.

Dengan sumbangan kiosk tersebut ia lebih selesa bagi Arison untuk menjalankan perniagaannya. Diantara jualan beliau termasuk Ulam dan Mee, selain kueh muih yang diletakan oleh penduduk di situ.

Beliau amat berterima kasih diatas sumbangan tersebut. Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Saad bin Mohd Yusop.

Lawat








Melawat seorang penduduk, Sabran bin Maat Saman, 55 tahun yang sakit lumpuh di Kampung Titi Ijok.

Kemudian ke Bendang Luas, melawat Abdul Wahab bin Ibrahim, 79 tahun yang terlantar uzur. Beliau adalah bapa kepada Setiausaha UMNO Cawangan, Zainuddin bin Abdul Wahab.

Selepas itu ke Hospital Taiping melawat Puan Salmiah binti Salleh, 84 tahun, berasal dari Redang Panjang. Beliau adalaha bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Redang Panjang dan seorang yang cukup aktif dalam kegiatan kemasyrakatan.

Didoakan semoaga kesemua mereka segera sembuh.