Template by:
Free Blog Templates

16 February 2011

Pengundi Automatik?

Ada pro dan kontra jika pengundi yang cukup umur 21 tahun diterima secara automatik. Saya lebih suka jika proses pendaftaran sepertimana sekarang diteruskan kerana cara itu, mereka akan meras lebih bertanggungjawab.

Jika masih ramai remaja yang layak mengundi, tetapi masih belum berbuat demikian ternyata mereka sendiri perlu ada kesedaran dan bertanggungjawab.

Kenapa harus dipaksa mereka, biarlah mereka sendiri ada kesedaran untuk mendaftar sebagaimana orang lain yang mengisi borang untuk menjadi pemilih.

Cuma yang harus dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ialah mempermudahkan proses pendaftran dan terserahlah kepada mereka (pemilih) menentukan tempat untuk mereka membuang undi.

Dan jika perlu, orang awam yang berada atau bekerja di luar kawasan mengundi asal mereka dibenarkan membuang undi melalui pos sebagaimana keistemewaan yang diberikan kepada Pegawai Beruniform dan petugas Pilihanraya.

Tempuh bagi mereka yang ingin mendaftar menjadi pemilih juga harus dibuka setiap masa tanpa ada sebarang tempuh, sekalipun hingga ke hari pembuangan undi, tetapi pastikan satu kaedah agar tidak wujud pengundi Hantu.

Seperkara lagi, Saya juga ingin menadangkan agar semua Ketua Kampung dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih bagi membantu mempermudahkan lagi proses mereka yang berhasrat menjadi pemilih.

0 comments: