Template by:
Free Blog Templates

23 June 2008

Tahniah buat juara Piala FA

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Kedah Darul Aman kerana bukan sahaja Berjaya mempertahankan kejuaran Piala FA musim 2008 tetapi juga kemenangan berganda selepas muncul Juara Liga baru-baru ini.

Ternyata sambutan penonton tidak terjejas walaupuan Piala Eropah sedang rancak berlangsung.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah perkara yang wajar dicontohi oleh pasukan-pasukan lain iaitu keberanian mereka menonjolkan pemain-pemain muda. Ini juga pernah saya lakukan semasa menjadi pengurus pasukan Perak dahulu.

Begitu pun selepas ini marilah kita sama-sama tumpukan pula perhatian kepada Piala Malaysia.

Tabah hadapi ujian

Sabtu lalu, saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Larut telah menziarahi Ketua Puteri UMNO Cawangan Klian Gunung, Puan Jamaliah Ahmad yang terlantar sakit di rumahnya.

Beliau bersama suaminya, Yusni Ismail mempunyai dua orang anak iaitu Norliana dan Mohd Ali Haikar memerlukan bantuan dan saya telah meminta pihak Jabatan kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan secepat yang mungkin bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya.
Selepas itu saya juga berkesempatan menziarahi tokoh veteran UMNO Puan Che Khadijah Awang yang kini sakit lumpuh. Beliau adalah ibu kepada Ketua UMNO Cawangan Klian Gunung, Ramli Sulaiman.

Semoga mereka bersabar menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.

Rumah mesra rakyat bantu basmi kemiskinan

Program rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah membantu mengurangkan bebanan masyarakat terutama dalam usaha membasmi kemiskinan.

Begitu pun penjelasan lebih lanjut wajar dilakukan lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.

Ini adalah antara perkara yang dibangkitkan pada majlis perasmian taklimat pembasmian kemiskinan dan pembangunan Parlimen yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Larut dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kamunting. Turut hadir Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Insaf tentang peranan ibu bapa

Jumaat lalu saya menuaniakan solat di Masjid Negeri Ipoh. Khutbah yang disampaikan cukup menyentuh perasaan saya apabila khatib memberitahu kelakaukan anak-anak yang menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah kebajikan.

Mereka lebih rela membiarkan roang tua yang melahir dan membesarkan mereka hingga menjadi manusia membiarkan ibu bapa merempat.

Khutbah yang disampaikan turut mengkisahkan sirah di zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang yang tidak dapat melafazkan syahadah ketika berhadapan maut sehinggalah diberitahu ibunya yang anaknya itu ebih menetingkan orang lain.

Ternyata bahawa khutbah itu menginsafkan kita. Walau sesibuk mana sekalipun, tangungjawab kepada ibu bapa janganlah diabaikan. Tanpa mereka siapalah kita.

Kemudahan sukan pelbagai gelanggang dialu-alukan

Langkah Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan kemudahan sukan pelbagai gelanggang di setiap kawasan DUN amatlah dialu-alukan. Ini kerana pada masa ini kemudahan sukan peringkat akar umbi amat berkurang bahkan padang sekolah pun kini telah dijadikan bangunan tambahan.

Dengan adanya pembinaan kemudahan tersebut seperti yang diumumkan oleh Datuk Ismail Sabri Yaakob, kita boleh memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru.

Cuma jika boleh Kementerian Belia dan Sukan juga wajar mempertimbangkang peruntukan menaik taraf kemudahan yang sedia ada umpamanya padang bola yang belum lengkap, dewan-dewan yang memerlukan baik pulih dan gelanggang yang agak lama.

Seperkara lagi, harapan saya dalam pelaksanaan program ini, kontraktor tempatan hendaklah diberikan keutamaan.

13 June 2008

JKKKP amanah kerajaan Pusat untuk bangunkan rakyat


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mestilah melaksanakan amanah yang diberikan dengan menggunakan pendekatan lebih mesra rakyat.
Perlantikan yang dibuat adalah merupakan satu amanah dan kepercayaan kerajaan Pusat yang seharusnya dilaksanakan sebaik mungkin.
Mereka adalah merupakan mata dan telinga kerajaan, justeru mereka wajar pro aktif menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan bersama ahli-ahli JKKKP yang lainnya.
Saya tegaskan perkara ini pada majlis penyampaian watikan perlantikan kepada 54 Pengerusi JKKKP bagi kawasan Parlimen Larut yang melibatkan ketiga-tiga DUN iaiatu DUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau.
Pada majlis itu turut dilantik ilah Setiausaha, Bendahari dan 12 Jawatankuasa JKKKP bagi setiap kawasan JKKKP.
Pada majlis itu saya juga berkesempatan mengadakan dialog dengan mereka terutama mendengar isu-isu rakyat yang perlu diselesaikan segera.

12 June 2008

Belajar dari Piala Eropah: Bukan stadium yang penting tapi pencapaian

Kali terakhir saya berpeluang menyaksi kejohanan Piala Eropah ialah ketika Belanda menjadi tuan rumah pada tahun 2000 di mana pasukan Perancis muncul juara.
Saya juga berkesempatan menimba pengalaman bersama para penyokong fanatik pasukan Itali yang turut berkeretapi ke stadium perlawanan sepatuh akhir di Brussel, Belgium, satu lagi gelanggang Piala Eropah.
Kini Piala Eropah muncul semula. Kalau Piala Dunia dianggap medan pasukan pilihan dan bintang menonjolkan diri dan mencapai kemenangan seperti yang sering diperkatakan oleh pemerhati dan pengulas sukan, Namun Piala Eropah tidak sedemikian kerana apa sahaja boleh berlaku.
Contohnya Greece mengejutkan 15 pasukan lain yang bertanding malah mengalahkan Portugal yang mempunyai ramai bintang sebanyak dua kali iaitu dalam perlawanan kumpulan dan akhir empat tahun lalu.
Malah, Denmark yang sebelumnya tidak layak tetapi dipanggil bagi menggantikan Yugoslavia pada kejohanan 1992, yang kemudian muncul juara.
Begitu juga pasukan seperti Russia dan Sepanyol hanya mencapai kemenangan pada kejohanan Eropah dan tidak pada Piala Dunia. Czechoslovakia (kini Republik Czech) menang pada 1976 dengan mengalahkan Jerman Barat melalui sepakan penalti.
Biarpun kini ramai meletakkan juara dunia Itali, Jerman, Perancis, Portugal dan Sepanyol yang akan bermain dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah 29 Jun depan, siapa boleh menolak kemungkinan bahawa Russia, Romania, Turki atau Greece sekali lagi akan menyinar?
Saya menonton beberapa perlawanan pemanas badan beberapa pasukan yang akan menyertai pusingan akhir Piala Eropah dan diantara yang menarik perhatian saya ialah perlawanan persahabatan melibatkan Russia dan Serbia.
Bukan keputusan kemenangan Russia 2-1 ke atas Serbia yang menjadi tumpuan saya, tetapi kemudahan stadium bandar Burghausen, Jerman yang digunakan untuk perlawanan sebesar itu, jauh lebih kecil berbading stadium Alor Setar atau Stadium Sultan Mohamad Ke- IV di Kota Bharu.
Bayangkan bagaimana di Eropah, bukan keindahan atau besarnya stadium yang menjadi perkara penting diutamakan, tetapi pencapaian atau kualiti yang menjadi ukuran.
Justeru, bagi saya apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mahu semua negeri menggunakan sepenuhnya kemudahan sukan yang dibina kerajaan dengan peruntukan berjuta ringgit dengan mengadakan aktiviti berkaitan sukan sepanjang tahun, adalah pandangan yang perlu diberikan perhatian mendalam.
Memang benar kata beliau bahawa apa akan jadi dengan kemudahan sukan berjuta ringgit yang dibina selepas berakhirnya sesuatu kejohanan, sambil merujuk kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM 198 juta di Kuala Terengganu yang digunakan untuk Sukan Malaysia, berakhir hari ini.
Hakikatnya ada beberapa contoh kemudahan sukan yang ada di seluruh negara selepas penganjuran SUKMA, sama ada tidak digunakan sepenuhnya atau menjadi gajah putih. Tidakkah ini pembaziran? Selain, pengurusan stadium perlu bijak menentukan apa yang harus dilakukan, adalah dirasakan perlu pertubuhan sukan, termasuk juga jabatan belia dan sukan negeri merancang mengadakan aktiviti berkaitan sukan di kompleks sukan masing-masing atau kemudahan sukan lain.
Malah, pengurusan stadium perlu mempunyai pasukan jualan bagi menjamin ada aktiviti bagi menampung kos pengurusan untuk penjagaan dan menjamin kemudahan terus terjaga.
Ada benarnya cadangan Menteri Belia dan Sukan bahawa pegawai jabatan belia dan sukan negeri hendaklah kreatif, merangka pelbagai aktiviti sukan bagi menghidupkan semula budaya sukan dan penyertaan ramai.

7 June 2008

Bukan sekadar tanam pokok tapi juga indahkan pekan kecil

Sempena hari Alam Sekitar, saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri Perak tidak setakat hendak menanam 100,000 batang pokok bagi menghijaukan negeri ini.
Sebaliknya perlu pada masa yang sama melihat kawasan-kawasan di luar bandar yang boleh diperindahkan lagi dengan landskap.
Pekan-pekan kecil juga wajar diberikan perhatian dalam program seumpama ini seperti di Pekan Kubu Gajah yang masih banyak lagi aktiviti kebersihan yang perlu diberikan keutamaan oleh pihak berkuasa tempatan.
Memperbaiki keadaan alam sekitar akan membantu kehidupan masyarakat kita ke arah lebih baik.

Rasional hadapi kenaikan harga minyak

Semua pihak perlu berfikiran rasional berhubung dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Ini memandangkan peningkatan bebanan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Walaupun ramai mempersoalkan tindakan kerajaan tersebut, langkah mengurangkan subsidi adalah yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan buat masa ini.
Pada masa yang sama kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat terutama golongan yang berpendapatan rendah.
Saya jelaskan perkara ini ketika melakukan lawatan ke kawasan dan telah dihujani dengan pertanyaan mengenai kenaikan harga petrol dan diesel.
Saya jelaskan kepada penduduk di kawasan saya, apa yang penting kita mesti tenang dan melihat isu kenaikan harga ini secaa menyeluruh dan apa yang penting keadaan negara kita tidak seburuk negara-negara lain.

kepentingan rakyat dan akan bertanggungjawab menyediakan

4 June 2008

JKKKP untuk kepentingan rakyat

Seramai 806 bekas ketua kampung di seluruh negeri Perak hari Rabu (4/6/2008) menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi JKKKP.
Saya percaya dengan perlantikan tersebut mereka akan lebih bersemangat dan gigih melaksanakan amanah dan kerja-kerja untuk kepentingan rakyat.
Di samping itu, perlantikan ini juga menjadi penguat semangat kepada mereka untuk berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri ini.
Majlis penyampaian watikah itu diadakan pada majlis kesyukuran BN anjuran UMNO Bahagian Sungai Siput.
Sya telah menerima watikah bagi pihak 54 Pengerusi JKKKP bagi kawasan Parlimen Larut.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli GHazali dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang jyga merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput.
Samy dalam ucapannya meranyu jentera BN bekerja keras tanpa jemu-jemu untuk menawan semula negeri Perak daripada tangan pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan negeri sekarang.
Beliau melahirkan keyakinan BN akan kembali berkuasa di negeri Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sekalipun kalah pada pilihan raya umum yang lalu, Samy tetap menghargai dan berterima kasih kepada UMNO Sungai Siput.
Pada majlis berkenaan, kira-kira 500 tetamu hadir.
Samy dalam ucapannya juga memberitahu, beliau sedang melakukan usaha menjenamakan semula MIC.
Beliau juga berkata, beliau berusaha keras ke arah itu kerana yakin MIC masih lagi relevan dalam membela nasib kaum India di negara ini.

DUN Perak kini dikenali Dewan Negeri Perak

Dewan Undangan Negeri Perak yang kini dikenali Dewan Negeri Perak (DNP) akan bersidang bermula 24 Jun 2008 yang akan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Ini adalah persidangan pertama DNP selepas pilihan raya umum ke-12.
Berdasarkan jadual, DNP dijangka bersidang selama seminggu.
Sidang kali ini juga adalah pengalaman yang pertama kali buat Barisan Nasional selaku parti pembangkang.

RT jangan hanya lepas batuk di tangga

Kewujudan Rukun Tetangga (RT) jangan hanya sekadar 'hidup segan mati tak mahu' atau penubuhannya hanya untuk melepaskan batuk di tangga.
Ini memandangkan RT mempunyai peranan besar dalam masyarakat khususnya sebagai landasan memupuk perpaduan dan keharmonian. Walaupun pada ini RT lebih banyak menumpukan kepada usaha membantu membanteras gejala sosial seperti dadah, RT tidak boleh mengabaikan peranan pentingnya dalam memantapkan lagi semangat kejiranan.
Saya tegaskan perkara ini semasa merasmikan Hari Keluarga Rukun Tetangga Kampung Yaman, Batu 20, DUN Kubu Gajah. Kira-kira 300 orang masyarakat setempat menghadiri hari keluarga berkenaan.
Saya juga mengambil kesempatan menjelaskan mengenai isu kenaikan harga barang dan minyak. Selain daripada mengingatkan perlunya amalan jimat cermat diamalkan saya juga meminta rakyat memberikan peluang kepada kerajaan untuk merangka usaha-usaha berterusan mengatasi masalah berkenaan.