Perpaduan
Umah penting jika Umat islam berhasrat maju dan menjadikan Negara ini sebagai
Negara contoh.
Setiap
sumbangan kepada pembangunan masyarakat harus dilihat daripada sudut yang
positif.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin
Raja Haji Omar berkata demikian di majlis minum petang Sekolah Agama Rakyat
Sungai Jernih, hari ini.
Turut
hadir Guru Besar Sekolah, Ustazah Arbayaah binti Othman, Ketua Kampung Sungai
Jernih, Jamaluddin Mat Isa. Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein
dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekola Kebangsaan Sungai
Jernih, Mustapa bin Mat.
Beliau
menegaskan, Sekolah Agama perlu dibantu dan disokong oleh semua pihak bagi
menjamin pelajaran murid berjalan dengan baik dan lancar.
Beliau
juga berharap agar pendidikan agama di Sekolah Agama Rakyat ini tidak
dipolitikan oleh mana-mana pihak sebaliknya mereka wajar tampil dan memberi
sokongan yang padu.
Beliau
juga menegaskan agar tidak ada mana-mana pihak atau individu yang menganggapkan
Sekolah ini sebagai kelas kedua, sebaliknya ia telah mendapat pengiktirafan
Kerajaaan.
0 comments:
Post a Comment