Sebanyak
RM 726,000 diperuntukan bagi bantuan baiki rumah rakyat miskin dalam Parlimen
Larut, tidak lama lagi.
Ia
adalah peruntukan sebuah agensi Kerajan yang melibatkan sebanyak 66 buah
rumah yang dipilih daripada senarai E-Kasih.
Demikian
dinytakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri
Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis gotong
royong membersih kawasan rumah Mat bin Haji Abdullah, 77 tahun di Kampung Titi
Gantung, Batu 20, tengahari tadi.
Pegawai
Belia dan Sukan Daerah, Azini Ismail, Penolongnya, Nasaruddin Mawi, Ketua
Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan Ketua UMNO Cawangan, Haji Rosli Mat
Zain.
Gotong
royong itu juga membabitkan program baiki rumah mat yang tinggal sendirian dan
amat uzur.
Gotong
royong itu anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah dan Pejabat Belia dan
Sukan Daerah yang melibatkan seramai 200 orang penduduk dan anggota Jabatan
Pertahanan Awam.
Beliau
berharap banyak lagi agensi Kerajaan akan tampil membantu program tersebut
supaya lebih ramai lagi mereka yang layak menerima bantuan itu.
Beliau
juga menyeru agar budaya bergotong royong akan terus menjadi darah daging
rakyat sebagai usaha menggalakan lagi perpaduan.
0 comments:
Post a Comment