Template by:
Free Blog Templates

22 March 2013

PDM



Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam tadi meluangkan masa meninjau dua buah bilik gerakan Barisan Nasiomal (BN) di pusat daerah mengundi (PDM) dalam parlimen berkenaan.

Beliau turut mendengar taklimat jentera parti di Bukit Bertam dalam dewan undangan negeri (DUN) Selama dan di Bendang Luas di kampung Mesjid, Ijok.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah meminta jentera parti mendekati pengundi.

Beliau menegaskan mereka tidak perlu bimbang dengan pembangkang jika ahli-ahli parti memperkukuhkan perpaduan.






Tumpukan usaha mendekati ahli dan pengundi setiap masa hingga tiba pilhanraya dan mengundi.

Jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan propaganda pembangkang masa tempoh kempen pilihanraya umum (PRU) nanti

 Beliau juga berharap kesemua 46 bilik gerakan BN dalam Parlimen larut, bersedia menghadapi PRU pada bila-bila masa.

0 comments: