Template by:
Free Blog Templates

18 March 2013

Hoki


Kejayaan pasukan Kebangsaan bermain di final kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, baru-baru ini harus menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain lain.





Sekalipun kalah 2-3 kepada pasukan australia, tetapi pasukan Malaysia telah beraksi cemerlang dan berjaya mengatasi gergasi Hoki dunia seperti New Zealand, India dan Korea Selatan.

Demikian tegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian alat-alat hoki Sekolah Kebangsaan Kampung Repoh dekat Batu Kurau, hari ini.

Turut hadir Guru Besar Sekolah, Aziz Tahir dan Ketua Kampung Repoh, Haji Ramli Bahrin.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menambah, Karier seorang bintang sukan itu bermula dari sekolah.











Justeru, beliau berharap murid-murid sekolah akan menyambut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang mahukan satu sukan satu pelajar.

Beliau berkata, displin penting bagi menjamin kejayaan setiap atlit dan ahli sukan itu.

Sekolah Kebangsaan Kampung Repoh akan menyertai kejohanan Hoki peringkat Daerah. Mereka adalah juara di peringkat zon.

0 comments: