Program
bantuan baiki rumah rakyat yang miskin dan tidak mampu akan diteruskan mengikut
keududkan kewangannya ada.
Banyak
agensi Kerajaan yang tampil membantu program tersebut dan berharap ia
menggurangkan bebanan rakyat miskin.
Setakat
ini agensi-agensi Felcra dan Felda serta Yayasan Bina Upaya (YBU) terlibat
dalam program bantuan baiki rumah rakyat miskin.
Demikian
dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad
Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas melawat beberapa buah rumah uzur di
kawasan Batu 20 hari ini.
Beliau
sempat melawat rumah Ahmad bin Haji Ibrahim, 77 tahun, Murad bin Darus, 70
tahun dan Timah binti Ahmad, 66 tahun.
Kesemua
mereka tinggal sendirian manakala Timah sudah berada di rumah tersebut lebih 33
tahun.
Katanya,
walaupun, projek baiki rumah telah banyak dilaksanakan, tetapi masih banyak
lagi yang membuat permohonan di Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau.
0 comments:
Post a Comment