Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
bin Raja Haji Omar petang tadi melawat jalan runtuh dekat Sekolah Model Khas
Redang Panjang.
Tanah
runtuh itu berpunca daripada gelong yang pecah akibat ancaman banjir yang
berlaku kelmarin.
Jalan
tersebut yang terletak di Kampung Tersusun Redang Panjang kini ditutup buat
sementara sehingga dibaiki.
Beliau
akan menghubunggi Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama bagi mendapat
peruntukan segera untuk memperbaiki jalan yang rosak itu.
Sebanyak
RM 20,000 diperlukan bagi tujuan tersebut. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan
Redang Panjang, Kharul Azizan bin Mat Desa.
0 comments:
Post a Comment