Agensi Kerajaan dinasihat memantau setiap bantuan yang dikeluarkan bagi memastikan ia diguna mengikut kehendak perlaksanaan program dan mencapai sasaran.
Kebanyakkan agensi tidak mengambil langkah pemantauan setiap bantuan yang diberikan kepada penerima dan ini merugikan serta mendorong kepada pembaziran.
Jawatankuasa kira-kira wang (PAC) negeri menegur sebuah agensi kerajaan yang membeli peralatan, tetapi tidak sesuai untuk kegunaan penerima dan akhirnya ia gagal mencapai sasaran.
Demikian dinyatakan oleh pengerusi PAC Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah selepas mesyuarat PAC di bangunan SUK di Ipoh.
PAC meminta agar mengadakan program tindakan susulan termasuk mengadakan kursus khas dan motivasi keatas peserta yang terbabit dan membuat laporan terperinci.
Ada bengkel dibina, tetapi kerana bantuan yang diberikan tidak memenuhi kehendak program ia tidak digunakan sebaliknya dijadikan stor.
PAC juga menegur ketua jabatan yang tidak mengambil kisah laporan Audit terhadap agensi mereka.
Laporan Audit tidak boleh disiapkan mengikut jadual tanpa kerjasama mereka dan ia penting untuk dibentangkan di sidang dewan.
Mana-mana ketua jabatan yang gagal menghadiri perjumpaan jika dipanggil PAC, tanpa sebabakan dikemukakan kepada jawatankuasa tata tertib dan juga dilaporkan dalam laporan audit.
Ada ketua jabatan yang dipanggil beberapa kali jika laporan yang diberikan tidak lengkap dan memuaskan.
1 comments:
YMDS,
Kadang-kadang kita tidak dapat membezakan kerja PAC dengan Audit dan PEMANTAU jabatan.
Saya takut banyak kerja mereka bertindih. Kalau begitu rugilah kerajaan memberi gaji bagi kerja bertindih.
Saya lihat PAC macam buat kerja mengumpul maklumat, bukan trouble shooters. Mungkin saya salah agaknya.
Saya berpendapat tiap-tiap mesyuarat ada jabatan yang kena tangkap kerana salah guna wang kerajaan.
Saya takut banyak projek masih di sub walaupun ada kakitangan yang dapat mengerjakannya atas alasan nak cepat siap. Jadi kakitangan tersebut juga membuat kerja pemantuaan, macam tidak profesional.
Saya takut banyak jabatan hendak buat kerja 'supervisor' sahaja tapi tidak membuat kerja profesional.
Post a Comment