Program ceramah rakyat menjelang pilihanraya umum (PRU) ke 13 melibatkan cawangan-cawangan UMNO dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan diadakan sepanjang minggu depan hingga akhir bulan.
Ceramah yang melibatkan 13 peti undi dan 26 cawangan UMNO itu bermula dari 26 hingga 30 mac bagi memperjelaskan isu-isu politik semasa.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua peti undi di Ijok, petang tadi.
Ceramah tersebut akan dikendalikan oleh tokoh-tokoh dalam DUN Kubu Gajah dan parlimen Larut sebagai pendedahan menjelang PRU ke 13.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut berkata program yang sama juga melibatkan DUN Batu Kurau dan DUN Selama.
Biarpun ceramah berkenaan diadakan secara kecil-kecilan,tetapi ia mampu mendatangkan kesan yang posotif.
Yang penting peserta yang hadir di ceramah tersebut merupakan pengundi dan bukan meramahkan semata-mata.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap semua penceramah yang terlibat melengkapi diri mereka dengan fakta dan memahami isu-isu tempatan.
0 comments:
Post a Comment