18 March 2012
Ibu tunggal
Seorang ibu tunggal mengadu kepada ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, bantuan bulanan beliau dipotong oleh sebuah badan agama, baru-baru ini.
Ibu tunggal berkenaan, Vhe Piah Binti Ahmad, 46 tahun dari kampung Jelai, Batu Kurau yang mempunyai empat orang anak termasuk yang bersekolah.
Katanya sebelum ini beliau menerima bantuan bulanan sebanyak rm 300, tetapi dua bulan yang dipotong tinggal rm 200 tanpa sebab.
Saya menyeru Baitumal menyiasat kenapa ia berlaku dan memaklumkan kepada Che Piah.
Saya meninjau Che Piah yang sedang menjual pisang gorang di tepi jalan di Jelai.
Beliau mendapatkan pinjaman daripada amanah ikhtiar sebanyak rm 1,500 dan telah pun membayar balik hutang tersebut.
Turut hadir setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Jelai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bekas ketua UMNO cawangan Kg. Tapah masuk PAS.
Dulu ada cerita Bagan Baru dalam keadaan yang hampir sama.
Saya lihat PAS asyik mengambil golongan chauvanistik (janda UMNO)untuk menjadi ahli mereka.
Apabila mereka ini tidak lagi dilantik menjadi pemimpin atau tak dapat lagi menambah kekayaan/bantuan dari kerajaan mereka terus masuk PAS. Saya sangat kesihan kepada PAS asyik mengumpul golongan duda/janda UMNO untuk kepentingan diri sendiri. Patutnya orang Melayu mesti ada ideologi, prinsip atau pegangan. Politik undi parti duit adalah politik baru muncul dikalangan kita. Dulu selalu sangat terjadi di Sabah.
YMDS,
Saya lihat ramai orang kita masih tiada pendidikan.
Mereka tidak tahu hendak menyalurkan kepada siapa masaalah mereka harus dikemukakan.
Saya rasa KEMAS tidak berjaya mendidik mereka.
Sebagai contoh kalau kaki saya sakit saya mesti ke hospital tapi bukan berjumpa YMDS.
Kalau parit tersumbat mereka mesti laporkan ke JPS dulu. Kalau JPS tak buat apa2 barulah berjumpa saluran yang lain seperti JKKK dan seterusnya.
Saya lihat peranan KEMAS kurang berjaya untuk meringankan kerja YMDS supaya YMDS dapat menumpukan masa untuk meyediakan kertas kerja/memorundum untuk pembangunan menyeluruh bagi kawasan ADUN Kubu Gajah seperti pembangunan Bandar Kubu Gajah dan Ijok.
Kalau Kubu Gajah dan Ijok tidak dibangunkan anak cucu kita akan habis lari ke Taiping dan Ipoh. Wakil rakyat kita pun tak mahu duduk di sana.
Kubu Gajah dan Ijok akan jadi PEKAN HANTU (ghost towns)
YMDS,
Tadi saya dengar MP Kinabatangan memperjuangkan apa yang saya katakan selama ini di parlimen.
Saya berharap YMDS juga kemukakan hal yang sama di dewan undangan Negeri Perak supaya BN dapat memenangi PR 13 ini.
Bayangkan UMNO ada 3 suku juta dan Melayu 61%. Kalau golongan elit sahaja yang dapat semuanya kita takut nanti kita dapat demam REVOLUSI BUDAYA seperti apa yang dikatakan Perdana Menteri Negara Cina.
YMDS,
Strategi UMNO masih lemah. Sepatutnya pemimpin UMNO hendaklah mengattack negeri seperti Perak, Selangor, PP dan bukan negeri seperti Johor, Melaka dan semua negeri fixed deposit kalau nak menang perang pilihan raya.
Post a Comment