Template by:
Free Blog Templates

22 March 2012

Ibu tunggal-rumah






Nasib seorang Ibu Tunggal di Kampung Changkat Perah di Batu Kurau yang bukan sahaja tidak memiliki rumah, tetapi terpaksa menumpang rumah orang lain, mendapat simpati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuiddin bin Raja Haji Omar.

Sofiah binti Abdullah, 53 tahun yang juga seorang Kurang Upaya (OKU) begitu berharap mendapat sebuah rumah sendiri setelah lebih dua tahun terpaksa menumpang rumah jiran.

Pada masa ini, sebuah rumah sederhana hasil sumbangan ikhlas penduduk, sedang dibangunkan di satu tapak di Kampung tersebut.

Sofiah begitu terharu diatas keperhatinan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang begitu mengambil berat megnenai keadaannya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut akan berusaha untuk membantu hasrat Sofiah meiliki sebuah rumah sendiri.

Beliau akan mendapatkan bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU) bagi membantu ibu tunggal berkenaan menduduki rumah sendir secepat mungkin.

0 comments: