Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, Melepaskan sekumpulan pemuda Barisan Nasional (BN) yang bermotor dari Kampung Mesjid, Ijok ke Batu Kurau, petang tadi.
Kira-Kira 500 orang pemuda BN termasuk dari UMNO berkonvoi dalam program tanda bermulanya jentera BN menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap program yang dilancarkan itu akan membakar semangat pemuda terutamanya dalam menghadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa.
Peranan pemuda penting dalam memperkuat dan memperkukuhkan jentera Parti, terutama aktiviti yang boleh menaikan semangat dan gerakan pemuda itu sendiri.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah turut menyerahkan Bendera UMNO kepada peserta konvoi tersebut yang turut disertai oleh pergerakan pemuda BN dari DUN Selama.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Anuar Ariffin dan Ahli Jawatankuasanya.
0 comments:
Post a Comment