Template by:
Free Blog Templates

17 March 2012

Lawat projek












Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melehirkan rasa bimbang banyak lagi runtuhan tebing sungai di Mukim Ijok yang boleh menyebabkan terputus perhubungan dalam keadaan cuaca buruk sejak akhir-akhir ini.

Beliau melawat untuk meninjau dua lagi kejadian tanah runtuh di kampung Sungai Jernih di Ulu Ijok, petang tadi yang mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Jika tebing sungai itu terus terhakis lebih 30 buah rumah yang akan terbabit dan terputus perhubungan kerana ia adalah laluan utama mereka.

Justeru, jabatan parit dan saliran (JPS) daerah Larut, Matang dan Selama diminta agar bertindak segera mengatasi tanah runtuh Tebing Sungai Ijok bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diinigini berlaku.

Hujan lebat sering turun mengakibatkan banjir dan air sungai kelihatan deras. Jika hakisan terus berlaku akan ada jalan yang terputus.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga melawat jalan kampung yang rosak akibat berselut di Sungai Jernih.

Sebelum ini, berlaku tanah runtuh di tebing sungai dekat kampung Sangkut dan kampung Teras.

Turut hadir ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga ketua UMNO cawangan.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila YMDS hendak buat projek membina parit di kawasan tanah berpaya di tanah reserve kerjaan di kampung YMDS kerana tempat tersebut terdapat banyak ular sawa, tedung dan biawak gajah.

Kalau parit ini di bina sudah tentu mereka yang mempunyai tanah di situ akan mengusahakanya dan cukai kerajaan pun bertambah untuk pembagunan sosial Kubu Gajah.

Saya tidak tahu cukai pembangunan sosial Kubu Gajah datang dari mana?

Bila YMDS hendak bina Homestay di tanah YMDS di Kampung Tengah, Tebing Tinggi supaya lebih ramai orang kampung YMDS berhijrah balik ke kampung apabila mereka melihat ada kemajuan. Kalau kita nak harap kerajaan sampai bila pun kempung tersebut tidak maju kerana k

Kerajaan lebih mementingkan pembangunan sosial dari ekonomi.

Anonymous said...

YMDS,

Projek lebuhraya Jelapang-Selama nampaknya senyap begitu saja.

Bagi saya munkin ia senyap kerana jawatankuasa yang merancangnya tidak aktif atau pun yang mengusahakannya tidak memantau mengikut time-line.

Sepatutnya perancangan bagi pinjaman sukuk sudah pun siap pada bulan November tahun lepas.

Jalan Sedari dan beberapa jambatan dari Lumut ke Sedari sudah pun siap.

Elok sahaja projek ini siap projek jalan pantai Barat pula dimulakan pembinaan.

Projek pantai Barat dibina selari dengan jalan Lumut Sedari yang masih baru dibina. Macam merugikan sahaja projek ini.

Anonymous said...

YMDS,

Ada pepatah mengatakan, 'Orang yang rajin mencari jalan dan Orang yang malas mencari alasan.

Jika JKKK hanya menunggu aduan masyarakat bermakna mereka hanya menumpukan kepada mereka yang malas.

Tapi kalau mereka turun padang lihat sendiri masalah sudah tentu mereka membantu masyarakat yang rajin.

Saya lihat masyarakat yang rajin di Kampung YMDS ialah mereka yang tiada masa untuk mencari ALASAN atau membodek YMDS.

Sebab itu saya mahu YMDS lihat betul2 siapa yang rajin di tempat YMDS.

Kalau JKKK turun padang sudah tentu mereka tahu masalah kera merosakkan tanaman dusun.

JKKK ramai yang ada pokok buah2an tapi mereka masih menunggu orang malas memeberi ALASAN. Orang rajin tiada masa untuk pergi berjumpa JKKK kerana senja baru mereka balik rumah. Saya lihat yang untung ialah mereka yang selalu sembang kedai kopi. Tapi bukan yang bertunkus lumus di kebun.

FELDA dapat durian runtuh tapi sempai sekarang mereka tidak tahu jenis durian yang runtuh. Mereka takut PINK FORM banyak beredar di pejabat FELDA dan Tan Sri M I Samad. Kalau durian Mousang King yang runtuh OK lah juga. Tapi kalau Durian Musang Berbulu Ayam tidaklah OK.