Template by:
Free Blog Templates

8 March 2012

Banjir 2








Pihak yang terbabit digesa agar membuat tinjuan dan pemantauan keatas sungai di sekitar sungai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang sering menjadi ancaman kepada banjir.

Tanah jerlus dan tebing sungai yang sering berlaku runtuhan begitu membimbangkan terutama pada musim hujan yang sering turun lebat sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 30 orang keluarga di Batu 20 yang terbabit dalam banjir kilat, kelmarin.

Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa, Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 20, Zainab Awang.

Batu 20 adalah diantara kawasan dalam DUN Kubu Gajah yang sering dilanda banjir dan kebanyakan rumah-rumah kediaman terletak hanya beberapa meter daripada sungai.

Penduduk-Penduduk yang kediaman mereka terletak berdekatan dengan sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpinda bagi menggelakan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Nyawa lebih penting daripada harta benda, justeru mereka sudah harus bersedia untuk berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan oleh pihak berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pindahkan mereka ke projek kampung tersusun dekat Ijok atau Kubu Gajah supaya dua pekan ini menjadi bandar seperti yang dirancangkan MB kita.